|
|
|
 |
Choose your Book
Malay Books Novel Fajar Pakeer |
| |

|
Harum Sundal Malam ~
by author ILYA ABDULLAH,
,
Dia kembali… bukan untuk memaafkan, tetapi menuntut balasan. Dulu, dia jiwa yang lembut, namun kematian yang kejam mengubahnya menjadi bayang dendam yang tidak lagi mengenal belas. Sumpah kesumat puntianak itu tidak pernah lenyap daripada ingatan penduduk kampung.
Ada yang mempercayainya, ada juga yang menolak kewujudannya. Namun, hutan terlarang, tempat puntianak itu dikurung, tetap dijaga rapi. Tiada siapa berani melangkah masuk tanpa
keizinan.Sehinggalah kematian misteri Meela, gadis yang nekad menyelidik kisah puntianak di Kampung Permatang Bidara, membuka kembali cerita yang lama terkubur. Malah, Medina turut dihantui mimpi misteri yang membawanya menyelongkar kisah puntianak itu dan asal- usulnya.
Kedatangan Medina mencetuskan tragedi di kampung itu. Yang dikurung akhirnya dibebaskan. Ada nyawa yang menjadi korban. Medina tidak berhenti daripada terus membongkarkan rahsia di sebalik tragedi 125 tahun lalu.
Segalanya bermula daripada kisah silam… Fitnah dan pengkhianatan terhadap seorang insan bernama Cindai, yang akhirnya melahirkan dendam yang tidak pernah mati.
“Aku bersumpah setelah aku mati, aku akan bangkit menjadi syaitan untuk balas dendam! Satu kampung ini akan bermandikan darah!” – Cindai
“Bukankah susur jalur keluarga Wangi ini hanya melahirkan anak perempuan?” – Medina
Mengapa susur jalur keluarga Wangi hanya melahirkan anak perempuan dan apakah kaitannya dengan dendam Cindai?
Adakah dendam Cindai benar-benar bangkit selepas 125 tahun?
Siapakah korban seterusnya apabila yang dikurung akhirnya dibebaskan?
“Aku tidak berpihak kepada sesiapa. Yang salah tetap salah. Tapi kau memilih untuk bersekutu dengan syaitan.”
|
Status : In Stock
Retail Price : RM27.00
Now Offer : RM27.00
ISBN:
9789838223935
Category:
Fajar Pakeer
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2026
Publisher :
FAJAR PAKEER
Pages:
Dimensions (mm):
110 x 184 x 3
Weight:
0.33
|
|
|
 |
| You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1 | | | |