LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
`  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Seni
 



this with your friends
YA MAKTUB ~
by author ELVROSETH, ,

TENGKU ADAM GHAZALI.
Seorang lelaki berkarisma, ceria dan sentiasa membawa aura yang membuatkan sesiapa sahaja mudah selesa dengannya. Ke mana sahaja dia melangkah, tidak kira yang tua mahupun yang muda, senyuman dan kehadirannya sentiasa meninggalkan kesan. Dia lelaki yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan, seorang anak yang tahu mengambil hati ibunya, seorang adik yang sejak kecil menjadi pelindung kepada abangnya dan seorang insan yang dibesarkan untuk menjadi sehebat idolanya sendiri, abahnya, Gabriel Ghani.

Namun di sebalik perwatakan yang tampak sempurna, Adam sering merasakan ada sesuatu yang hilang dalam dirinya. Sejak kecil, dia tidak pernah benar-benar tahu apa yang dia mahukan. Hidupnya hanya berputar sekitar tanggungjawab dan pengorbanan, sehingga tanpa sedar, dia tidak pernah hadir untuk dirinya sendiri. Sunyi dan rasa kehilanhan itu, dia simpan kemas seolah-olah dia hanyalah cebisan jigsaw yang tidak pernah lengkap.

Sehinggalah suatu hari, takdir mempertemukannya dengan seorang gadis aneh.

NUR HAWA ORKID.
Seorang gadis ceria, selamba dan penuh kejutan. Anak tunggal yang dimanjakan ibu dan ayahnya, tetapi tidak pernah manja berlebihan. Kata Adam, dia comot tetapi sangat comel. Langkahnya laju seperti pelesit, muncul dan menghilang sekelip mata. Pendiam dengan orang luar yang baru dikenal, tetapi bila sudah selesa, mulutnya memang tidak berhenti berleter dan manjanya lain macam. Kalau bergaduh, dialah juaranya.

Keanehan itulah yang membuatkan pertemuan mereka di Tanah Haramain menjadi semakkin indah dan tidak terjangka. Daripada perbualan nakal, sindiran sponta dan tawa yang lahir tanpa dipaksa, perlahan-lahan dua jiwa yang berbeza ini mula saling mengisi kekosongan masing-masing.

“Since we‘re friends right now, maybe I can do something for that. You don‘t have to think about money…” – Dr. Tengku Adam Ghazali

“Hmm, siapa cakap kita kawan? Saya tak cakap apa-apa.” – Nur Hawa Orkid

“Oh, kita bukan kawan? Habis itu kita apa? Nak saya call Puan Samsiah dan minta izin jadi bakal menantu pula ke?” – Adam

“Encik Adam berani, cubalah!” – Hawa Namun itu bukan sekadar kisah cinta komedi antara Adam dan Hawanya. Kerana cinta tidak pernah cukup untuk mendefinisikan segalanya.

Status : In Stock
Retail Price : RM38.00
Now Offer : RM38.00

ISBN:
9789674692506
Category:
Karya Seni
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2026
Publisher :
KARYA SENI
Pages:

Dimensions (mm):
115 x 183 x 42
Weight:
0.70

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1