LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
`  
Choose your Book Malay Books Agama Akhlak
 



this with your friends
Ziarah: Apabila Tamu Membawa Rahmat <>
by author MOHD KAMAL MOHD SHAH, ,

Buku Ziarah: Apabila Tamu Membawa Rahmat membimbing pembaca memahami semula maksud sebenar budaya ziarah dalam Islam yang kian dilupakan dalam kehidupan moden. Melangkaui sekadar kunjungan sosial, ziarah dalam Islam adalah ibadah yang sarat dengan adab, nilai persaudaraan dan ganjaran ukhrawi.

Disusun dalam bentuk praktikal, buku ini menawarkan 26 panduan adab ziarah yang bersumberkan al-Quran, hadis dan kisah para sahabat. Ia mengupas konsep ziarah, kelebihan serta hukum-hukumnya, dan menjelaskan peranan besar yang dimainkan oleh amalan ini dalam memperkukuh ukhuwah dan menyuburkan kasih sayang kerana Allah.

Selain itu, buku ini turut menyentuh kesalahan-kesalahan lazim semasa berziarah, jenis-jenis penziarah dan tuan rumah, sera kesan ziarah terhadap individu dan masyarakat. Gaya penulisan yang mesra dan berpaksikan dalil menjadikannya mudah difahami dan sangat sesuai dijadikan bahan pengisian tazkirah, bacaan keluarga atau hadiah bermanfaat kepada orang tersayang.

Dalam era serba sibuk dan digital, buku ini hadir sebagai peringatan penting bahawa ziarah bukan sekadar adat, tetapi ibadah yang membawa rahmat apabila dilakukakan dengan adab dan niat yang betul.

Status : In Stock
Retail Price : RM12.00
Now Offer : RM12.00

ISBN:
9789673889969
Category:
Akhlak
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2025
Publisher :
TELAGA BIRU
Pages:
104
Dimensions (mm):
140 x 210 x 6
Weight:
0.18

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1