LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Tafsir Al-Quran
 



this with your friends
Tafsir Al-Tibyan: Surah Al-Rum <>
by author TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, ,

Surah al-Rum dinamakan sempena Empayar Rom, sebuah kuasa besar ketika zaman penurunan al-Quran. Surah ini merujuk kepada konflik antara dua empayar utama dunia pada waktu itu, iaitu Empayar Rom di barat dan Empayar Parsi di timur. Surah ini dimulakan dengan penjelasan Allah SWT tentang situasi politik dunia yang tepat, yang jauh melangkaui kebolehan manusia biasa dalam meramal peristiwa masa depan.

Surah ini juga membincangkan pertembungan abadi antara parti Allah (hizb Allah) dengan parti syaitan (hizb al-syaitan), yang telah berlaku sejak zaman dahulu dan akan berterusan hingga Hari Kiamat. Pertarungan ini ialah pertembungan antara hak dengan batil. Parti syaitan sentiasa berusaha untuk memadamkan cahaya Allah dan melawan dakwah para rasul dan orang-orang beriman. Namun, Allah SWT telah menetapkan sunnatullah, iaitu kebenaran akan sentiasa menang mengalahkan kebatilan.

Selain itu, Surah al-Rum menjelaskan Hari Kiamat dan nasib yang menanti golongan beriman serta golongan kafir. Mereka yang mengerjakan kebaikan akan menerima ganjaran di sisi Allah, manakala mereka yang ingkar akan dihukum. Surah ini juga memaparkan keajaiban alam semesta sebagai bukti kekuasaan Allah dan sebagai dalil kebenaran agama Islam, sekali gus membatalkan agama, ajaran, dan ideologi yang menuhankan selain Allah.

Surah ini diakhiri dengan gambaran tentang kaum Quraisy yang menolak kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mereka diumpamakan seperti orang mati yang tidak mampu mendengar atau melihat, menggambarkan keengganan mereka menerima peringatan. Perumpamaan ini juga memberikan dorongan kepada Nabi SAW untuk terus bersabar dalam menyampaikan risalah Islam di sebalik penolakan dan tentangan yang dihadapinya.

Status : In Stock
Retail Price : RM23.00
Now Offer : RM23.00

ISBN:
9789672739661
Category:
Tafsir Al-Quran
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2024
Publisher :
PUSTAKA PERMATA UMMAH
Pages:
105
Dimensions (mm):
148 x 210 x 7
Weight:
0.24

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1