LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel BlogIjau
 



this with your friends
Maghfirah ~
by author REHAN MAKHTAR, ,

HIDUP ini adalah satu perjalanan. Perjalanan yang boleh jadi lancar atau punyai halangan yang dipanggil ujian dan perjalanan hidup Ian berubah arah bila hati itu berlabuh pada pelabuhan yang tidak sepatutnya.

Kerana itu, Ian buang segala yang dia ada demi bermula semula. Dua tahun dia bermusafir menggalas beban dan bila dia singgah di depan seorang Maghfirah, dia tertanya… adakah ini destinasi terakhir? Tapi, kenapa gadis jelita ini memencilkan diri daripada dunia?

“Apa yang awak cari, Maghfirah?” - Ian.

“Saya tak mencari. Saya menanti.” – Maghfirah

Pada Maghfirah, dia sentiasa bersyukur biarpun hidup miskin bersama ayah tersayang. Salahnya berkeras kerana percayakan janji Nazri, biarpun pepatah mengatakan… orang tua makan garam lebih dulu. Natijahnya dia tanggung hingga ke hari ini angkara fitnah.

Aneh. Bila lelaki asing bernama Ian muncul di ambang pintu, yang tertutup itu dirasakan kembali terbuka. Tapi, dia tiada daya untuk sekat langkah Ian. Lelaki itu punyai wanita lain di dalam hati yang menjadi igauan saban malam. Tapi, dia tetap akur dengan aturan takdir dan cuba menjadi kekuatan bagi segala kelemahan Ian kerana dia yakin, Ian sedang menjadi benteng dalam melindungi hati rapuhnya.

“Saya tahu, lelaki macam awak tak perlukan saya untuk bermanja…” - Maghfirah

“Siapa cakap saya tak perlukan awak?” - Ian

Namun, bila wajah yang menjadi igauan Ian muncul membawa rahsia tentang kisah lalu Ian yang telah meragut satu nyawa, Maghfirah tahu… setakat itu saja Ian menjadi benteng untuknya. Biarlah dia pula yang jadi pertahanan demi lelaki yang amat dia cinta.

“Jari saya mesti kasar, kan? Mesti tak sehalus jari dia. Tapi, jari ini yang akan seka airmata awak sampai bila-bila…” - Maghfirah

“Maafkan abang sebab lukakan hati Firah biarpun abang tak sengaja, sayang…” - Ian

Ini kisah tentang satu perjalanan mencari sebuah keampunan demi secebis ketenangan. Maghfirah dan Ian sama-sama dihunus mata pedang

Status : In Stock
Retail Price : RM28.00
Now Offer : RM28.00

ISBN:
9789671426142
Category:
BlogIjau
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
BLOGIJAU
Pages:
453
Dimensions (mm):
115 x 184 x 22
Weight:
0.39

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1