
|
Safinatun Naja - Bahtera Keselamatan <>
by author SYEKH SALIM BIN SAMIR AL-HADHRAMI,
,
Safinatun Naja ialah sebuah kitab yang membahaskan tentang asas-asas ilmu fekah mengikut mazhab Syaff'i. Judul asal kitab ini ialah Safinatun Najah Fiima Yajibu 'ala Abdi li Maulah "Perahu Keselamatan dalam Mempelajari Perkara-Perkara Yang Wajib Bagi Seorang Hamba Kepada Tuhan-Nya."
Kitab yang ditulis oleh Syekh Salim bin Samir Al-Hadhrami ini meringkaskan hukum-hukum fekah dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang mudah dipahami. Kitab ini sangat sesuai bagi pemula yang ingin belajar tentang ilmu fekah. Meskipun ringkas, kitab Safinatun Naja telah mencakupi pelbagai jenis asas-asas ilmu fekah. Oleh itu, kitab ini sangat bermanfaat dalam perkembangan dakwah Islam di nusantara.
Perbahasan Utama Dalam Kitab Safinatun Naja
Kitab Safinatun Naja ditulis untuk memberi kemudahan dalam belajar asas-asas hukum Islam. Itu sebanya tidak terdapat keterangan dalil pada setiap perbahasan. Tujuannya ialah agar lebih ringkas dan mudah dimengerti.
Pada bahagian pertama kitab Safinatun Naja dijelaskan tentang asas akidah Islam yang meliputi rukun iman, rukun islam, dan syahadat. Terdapat pula tambahan informasi tentang ciri-ciri orang yang telah dewasa.
Perbahasan seterusnya ialah tentang perkara bersuci atau taharah. Perkara ini meliputi syarat-syarat penggunaan batu untuk bersuci dan cara berwuduk. Kemudian terdapat penjelasan ringkas tentang air yang tidak bernajis dan dapat digunakan untuk bersuci.
Perbahasan seterusnya ialah berkaitan mandi wajib, fardhu-fardhu mandi, syarat sah wuduk, dan perkara yang membatalkannya. Kemudian dijelaskan juga tentang apa yang diharamkan bagi orang yang sedang berhadas.
Perbahasan selanjutnya ialah berkaitan tayamum yang meliputi sebab-sebab dan syarat-syaratnya. Lalu, disambung dengan perbahasan solat. Terdapat pula penjelasan tentang pengurusan jenazah yang kemudian diteruskan dengan penjelasan tentang zakat.
Pada bahagian akhir, penulis menerangkan tentang puasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, seperti syarat puasa, rukun puasa, dan sebagainya. Namun, sebenarnya Salim bin Abdullah hanya menulis sampai perbahasan zakat, manakala yang menambahkan perbahasan haji ialah Syekh Nawawi Al-Jawi.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM15.00
Now Offer : RM15.00
ISBN:
9789838222563
Category:
Tauhid
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2024
Publisher :
FAJAR PAKEER
Pages:
112
Dimensions (mm):
152 x 210 x 5
Weight:
0.20
|