
|
40 Hadith Nawawi <>
by author ABDUL GHANI YAHYA,
,
Buku ini dinamakan “EMPAT PULUH HADITH NAWAWI”, ia berasal daripada buku “Al-Arba’un Al-Nawawiyyah” yang disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah, kemudian diterjemah dan diberi penjelasan oleh para ulama yang terkenal. Buku ini mengandungi dasar-dasar mengenai Iman, Islam dan Ihsan.
Dalam buku ini Imam Nawawi membawa beberapa hadith antaranya yang berkaitan dengan hal-hal:
● Islam, Iman, Ihsan, qadha’ dan qadar dan hal-hal berkaitan dengan hari kiamat, syurga dan neraka.
● Niat, keikhlasan dan syirik dalam mengerjakan ibadat dan lain-lain.
● Harta, sedekah dan prihatin terhadap orang miskin.
● Keadilan dan kezaliman terhadap diri sendiri dan orang lain.
● Dosa, pahala, istighfar, taubat, keampunan dan kemurahan dan kepenyayangan Allah kepada hamba-hamba dan wali-wali-Nya.
● Agama itu nasihat. Dan ikutlah ajaran Islam dengan jalan bertaqwa, buat yang wajib dan tinggalkan yang dilarang dan taatilah pemerintah.
● Kelebihan zikir, majlis zikir dan ilmu.
● Memelihara hati dan mengawal hawa nafsu.
● Jangan dengki mendengki, bermusuhan dan menghina orang.
● Dunia ini hendaklah diambil sekadar keperluan sahaja.
● Keistimewaan Umat Nabi Muhammad SAW; dimaafkan pada perkara tersalah, terlupa dan dipaksa, dan setiap amalan yang baik diganda sekurang-kurangnya sampai sepuluh.
Bagi pelajar sekolah menengah terutamanya pelajar pondok patut menghafal semua matan hadith-hadith yang ada dalam buku ini serta memahami makna dan maksudnya kerana ia menyentuh perkara-perkara dasar dan asas dalam agama kita dan ia kerap timbul dan berlaku dalam kehidupan kita seharian.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM16.00
Now Offer : RM16.00
ISBN:
9789670597683
Category:
Hadis
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
JABAL MARAQY
Pages:
108
Dimensions (mm):
180 x 254 x 7
Weight:
0.28
|