|
|
 |
Choose your Book
Malay Books Umum Sejarah |
|

|
Membongkar Sejarah Pelayaran Laksamana Hang Tuah Meredah Samudera <>
by author IBNU IBRAHIM AT-TAWARI,
,
PELAYARAN pertama Hang Tuah dengan menaiki kapal Mendam Berahi adalah ke Majapahit membawa utusan daripada Raja Melaka mengadap Seri Betara Majapahit untuk meminang puterinya, Raden Emas Ayu. Perjalanan ini diketuai oleh Patih Kerma Wijaya dan Tun Tuah serta pembesar-pembesar Melaka yang lain. Laksamana Hang Tuah juga telah diutuskan ke Bernai oleh Raja Melaka bertujuan untuk menghantar pulang anak Adipati Agong Berunai, iaitu Adipati Solok yang telah ditawan dan dibawa ke Melaka oleh Hang Tuah apabila cuba mengadang rombongan Hang Tuah dalam perjalanan pulang dari Majapahit.
Pelayaran Hang Tuah ke Ryukyu pula bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Ryukyu dengan Melaka. Dalam dokumen rasmi kerajaan Ryukyu iaitu Rekidai Hoan, huraiannya antara lain adalah tentang hubungan antara Ryukyu dengan Melaka, terdapat pada Bahagian III. Dictatkan bahawa sekurang-kurangnya 19 pucuk surat daripada kerajaan Ryukyu kepada kerajaan Melaka dan 11 surat daripada kerajaan Melaka kepada kerajaan Ryukyu. Tiga pucuk surat pada Bahagian 39, Dokumen Yang Ke-9, Ke-10 dan Ke-15, daripada pihak Melaka secara langsung berkaitan dengan Laksamana Hang Tuah (Hang Tuah) dan bertarikh 1480 dan 1481. Dalam surat-surat ini jelas menunjukkan peranan Laksamana Hang Tuah sebagai Raja Duta dari segi bahasa diplomasi yang digunakan dalam surat-surat tersebut serta aksi dan tindakan beliau, antaranya cuba membantu orang-orang Ryukyu yang terdampar di Champa Anam. Kerajaan Ryukyu ialah sebuah kerajaan bebas yang muncul di Kepulauan Ryukyu, selatan Okinawa Jepun.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM43.90
Now Offer : RM43.90
ISBN:
9789672278924
Category:
Sejarah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2024
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
365
Dimensions (mm):
145 x 210 x 20
Weight:
0.70
|
|
|
 |
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1 | | | |