LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Seni
 



this with your friends
Bersyurga Di Rusukmu <>
by author LILY HASLINA NASIR, ,

Aku Mawar. Megat panggil aku Mawar Berduri. Kami bersahabat sejak sekian lama. Aku anggap dia teman tapi mesra. Sampai bila mahu bersahabat? Ramai yang bertanya. Aku malas mahu serabutkan kepala. Aku jawab, "Sampai bila-bila!"

Saat berbual, kami bahasakan ‘aku’ dan ‘kau’ saja! Nampak bukan? Aku memang anggap dia sahabat dunia akhirat.

Bukan tak pernah Megat memberi isyarat hatinya. Tetapi, entahlah. Aku pura-pura tidak faham. Aku belum bersedia untuk berfikir lebih jauh.

Hakikatnya, selalu aku rindu setengah mati pada Megat. Rasa macam separuh nyawa aku hilang saat berjauhan dengan Megat. Dia lelaki Beret Hijau. Dia lelaki komando. Dia itu milik negara. Semua ini buat aku tidak yakin dengan diri sendiri. Apakah aku cukup sabar untuk bertahan dalam perhubungan ini?

“Nanti aku bawa kau jumpa mak aku ya.”

Sebaris ayat Megat itu benar-benar buat aku menggeletar seluruh tubuh. Pernikahan bukan macam main pondok-pondok. Aku berasa ada gempa bumi dalam diri.

Aduhai Megat! Sebelum ini, koyak jiwa aku, saat musuh keluarga engkau, Park Tzue, menghambat aku kerana dendam. Sekarang kau heret aku dalam gelora jiwa.

“Mawar, aku siap siaga berdepan dengan segala yang terburuk. Dan aku juga tidak akan jemu berdoa, mengharapkan segala penyudah yang terbaik dalam hidup ini. Aku akan menjadi lelaki yang sentiasa ada untuk engkau, di mana pun kau berada. Aku akan melindungi engkau, sebagaimana aku lindungi negara.”

Demikian janji Megat. Dan aku terkesima dan sebak mendengarnya. Semoga Megat menjadi lelaki berjiwa syurga yang Tuhan hadirkan untuk aku.

Status : In Stock
Retail Price : RM29.00
Now Offer : RM29.00

ISBN:
9789674692148
Category:
Karya Seni
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2024
Publisher :
KARYA SENI
Pages:
587
Dimensions (mm):
115 x 185 x 28
Weight:
0.55

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1