|
Merindu Nabi SAW di Gaza <>
by author KHUBAIB AKHI,
,
Bilakah kali terakhir kita melihat seseorang yang diuji, hilang dan musnah segala-galanya, tetapi dalam masa yang sama masih mampu mengucapkan: hasbiallah wa ni’mal wakil
Bilakah kali terakhir kita melihat sekumpulan warga yang hidup dalam kesempitan, tetapi tetap memberi dan mengutamakan orang lain walau dirinya sendiri tidak ada apa-apa.
Bilakah kali terakhir kita melihat sepasukan tentera yang melawan musuh-musuh yang bengis, namun mereka tidak pernah berputus asa, bibirnya selalu dihiasi ratib zikir dan tilawah al-Quran.
Semua yang diceritakan ini ada dalam Sirah Nabi SAW, hikayat generasi terbaik yang pernah disaksikan. Namun hari ini, Gaza telah sekali lagi mengingatkan kita pada kelompok mereka ini. Kita masih boleh menyaksikan akhlak-akhlak generasi yang terbaik di muka bumi ini, pada zaman kini.
Buku ini menghimpunkan rasa dan kenang-kenangan penting sepanjang krisis Palestin-Israel yang bermula sejak tanggal 7 Oktober 2023. Dan Ia diselarikan dengan renungan-renungan terhadap Sirah Baginda yang agung. Ia semacam suatu bandingan yang mengkayakan lagi penghayatan terhadap realiti yang berlaku di lapangan.
Gaza telah pamerkan kepada kita semua bahawa meskipun terpisah lebih 1445 tahun daripada generasi Nabi SAW, kita masih berpotensi mengekori dengan rapat sunnah dan ciri generasi tersebut.
Gaza menjadi bukti bahawa benarlah apa yang Baginda dakwa sebagai ‘adik-beradiknya’ yang dirindui, iaitu mereka yang beriman setelah kewafatan Baginda yang tidak sempat bersemuka dengannya, tetapi masih mempertahankan sunnah dan syariah yang diwariskan sehingga akhir zaman.
Gaza adalah suatu teguran daripada Allah SWT buat kita semua.
Gaza adalah model masyarakat langka dan rare pada zaman kini.
Gaza adalah inspirasi dan cita-cita.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM30.00
Now Offer : RM30.00
ISBN:
9789678610537
Category:
Motivasi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2024
Publisher :
KARYA BESTARI
Pages:
200
Dimensions (mm):
140 x 215 x 15
Weight:
0.30
|