LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Umum Sejarah
 



this with your friends
Tragedi Pengusiran Umat Islam Dari Bumi Al Andalus **
by author SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM, ,

Sejarah telah mencatatkan bahawa pada tahun 1492, selepas jatuhnya kota GranadaAndalusia, sebahagian besar umat Islam diasingkan dari bum Islam, Andalusia. Sementara it bakinya dipaksa masuk agama Kristian. Tidak cukup dengan hal demikian, umat Islam juga mengalami siksaan yang memilukan setiap tahun, iaitu dibakar hidup-hidup. Kini, ramai umat Islam Sepanyol yang menyedari bahawa leluhur mereka merupakan Islam Andalusia. Kini sudah lebih 400 tahun teriadinva salah satu gerakan pengusiran terbesar sepanjang sejarah, yang mengeluarkan Islam Al-Andalus yang telah hidup di bumi tumpah darah mereka selama 8 abad, sekali gus juga membina peradaban Islam yang gemilang dan menjadi salah satu peradaban yang paling penting.

Para sejarawan percaya jumlah mat Islam yang diusir ada sekitar 250 ribu-350 ribu orang. Hal itumengindikasikan bahawa sebahagian mereka pergi ke pantai utara Morocco dan bakinya pergi ke Tunisia. Seorang penulis berbangsa Sepanyol, Juan Guytesillo menyatakan bahawa peristiwa tersebut sebagai pengusiran sekali gus penghapusan etnik dan agama yang pertama kali terjadi di Eropah. Penulis Sepanyol lainnya, Emilio Paistorius mengatakan bahawa pengusiran bangsa Moriscoss (Islam) dari Andalusia merupakan kejahatan kedua terbesar. Manakala kejahatan terbesar yang berlaku adalah pencurian buku-buku milik orang-orang Islam ole Ratu Isabella, yang kemudiannya dibakar di dean pintu gerbang ar-Raml (Bab Al-Raml), Granada, kecuali buku-buku kedoktoran Islam.

Islam berkembang di Semenanjung Iberia (Andalusia, kini Sepanyol, Portugal dan Andorra) selama kurang lebih 8 abad (8-16 Masehi). Selama rentan waktu itu juga, Islam mampu menyulap semenanjung yang semula daerah pinggiran itu menjadi salah sebuah pusat peradaban dunia dan pusat ilmu pengetahuan sejagat. Ribuan cendekiawan, jutaan jilid buku, dan ratusan bangunan bersejarah Arab-Islam mengabadikan kisah kegemilangan peradaban Islam di bumi Andalusia itu. Dari Islam Al-Andalus juga, bangsa Eropah kembali mengenali ilmu pengetahuan sehingga akhirnya mengilhami abad pencerahan, aufklarung, renaissance, dan kebangkitan di benua tersebut. Transmisi ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang beralur dari Andalusia ke kota-kota Eropah lainnya. Ahli falsafah Britain abad pertengahan Roger Bacon menyatakan, kebangkitan Eropah sangat berhutang budi kepada peradaban Islam Al-Andalus.

Status : In Stock
Retail Price : RM38.90
Now Offer : RM38.90

ISBN:
9789672278788
Category:
Sejarah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
256
Dimensions (mm):
146 x 210 x 14
Weight:
0.51

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1