LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Publika
 



this with your friends
Penunggu Lubuk **
by author AFFIEYZA ISAHAK, HAFIZUDDIN GHAZALI, IZA IMAN

BELENGGU - AFFIEYZA ISAHAK

“Kau mana pernah mengandung Dharia! Kau hanya berlakon saja depan suami kau sebab dia dah lama inginkan zuriat sendiri.”

Dharia tergamam. Benarkah begitu? Dia bangun dan berdiri di hadapan cermin yang melekat pada almari baju. Tubuhnya diteliti dari atas ke bawah dan pandangannya jatuh pada perutnya yang kempis. Terus tapak tangan melekap pada perut. Menggigil tangannya.

Aku tak mengandung? Suara itu tipu! Dia pernah mengandung, dia ingat lagi dia dan suaminya pergi membuat pemeriksaan di klinik cuma belum tahu jantina bayi dalam kandungannya. Kelopak matanya tiba-tiba tertancap pada botol bedak kecil, di atas meja solek. Ya, dia masih ingat! Semenjak berbadan dua, selepas mengidam makan beras mentah, dia mengidam pula mahu merasai bedak yang sering bayi gunakan. Bau yang wangi itu membuatkan keinginannya membuak-buak. Sebab itulah ibunya menegur tangannya berbau harum. Jadi betullah dia pernah mengandung!


LUBUK BUSUT - HAFIZUDDIN GHAZALI

Deria baunya terhidu sesuatu yang sangat busuk. Hampir-hampir Munirah termuntah. Bau itu seakan bau tanah yang bercampur dengan darah dan nanah. Sangat busuk. Dia cuba untuk menutup hidung, namun tangannya juga seperti dipasungkan.

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Di hadapannya terlihat wajah pocong itu yang berdiri tegak. Hidungnya dan hidung makhluk itu hampir bersentuhan. Dadanya sudah bergoncang. Bibirnya mula terketar-ketar. Satu aksara pun tidak terluah.

Wajah yang hodoh itu mula mengeluarkan lidahnya yang panjang dan menggerutu. Sesekali muncul ulat dari lidah itu. Keluar merayap lalu jatuh ke tanah. Lidah pocong itu mula menjilat pipi Munirah. Terketar-ketar Munirah menahan takut.


LEMBAH PUAKA - IZA IMAN

“Jangan ambil saya. Jangan ambil saya…” Berulang-ulang ayat Adira kedengaran begitu.

‘Aduh, apa lagi yang ganggu kau ni, Dira? Oh, Tuhan.. bawa jauh-jauh setan itu yang mahu merasuki anak kami,’ pinta Fazura bersama air mata yang berlinangan. Tidak sanggup dia lihat keadaan Adira begitu.

“Tidak, nak. Mama ada sini, papa pun ada sini. Jangan takut.” Cepat-cepat Fazura dakap tubuh Adira seeratnya. Selepas itu, Fazura bawa Adira baring. Lama-kelamaan lena juga Adira tidur. Malam itu, Fazura tidur di sisi Adira. Tidak mungkin dia tinggalkan Adira dalam keadaan selalu meracau seperti itu.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM28.90
Now Offer : RM28.90

ISBN:
9789672394327
Category:
Karya Publika
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
KARYA PUBLIKA
Pages:

Dimensions (mm):
115 x 185 x 19
Weight:
0.38

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1