LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Publika
 



this with your friends
Permainan Iblis **
by author ZAIFU ZAMAN AHMAD, ,

Datuk Rahim akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya di situ. Keluarganya turut dibawa sekali. Beliau telah menyerahkan syarikat Melur Holding pada kedua anak lelakinya yang masih lagi tinggal di bandar Kuala Lumpur.

Tidak semua penduduk kampung dapat menerima kepulangan Datuk Rahim sekeluarga. Apatah lagi bila mendapat tahu bahawa lelaki itu ingin membuka kebun sayur dan menternak haiwan bagi menolong orang-orang kampung. Badri yang dihasut oleh Sahak kerana takut kehilangan jawatan sebagai ketua kampung mula melakukan onar.

Di ketika yang sama Melur Holding mula berantakkan. Ada sesuatu yang tidak kena berlaku di dalam syarikat besar itu. Nordin secara tiba-tiba telah dihubungi oleh seorang wanita misteri telah menerima perkhabaran yang kurang enak.

Nordin akhirnya menyusur akan masalah yang mula dihadapi oleh Melur Holding. Kemudian dia mendapati ada tangan-tangan ghaib telah mengunakan Melur Holding untuk kepentingan sendiri. Ada beberapa keputusan yang dibuat oleh Melur Holding di luar dari kebiasaan.

Perkara itu telah diadukan pada Datuk Rahim. Lelaki itu turut gelisah dengan apa yang berlaku. Tidak habis dengan perkara itu, Azimah, isteri Datuk Rahim pula telah diganggu dengan bayangan misteri yang muncul di rumah pusaka lama yang didiami oleh mereka.

Keadaan makin meruncing apabila peristiwa seram itu berlarutan dan mengganggu Azimah serta anak gadisnya, Nazirah. Datuk Rahim buntu untuk menyelesaikan masalah ini. Apatah lagi dia terpaksa berhadapan dengan masalah berkenaan Melur Holding. Makin dia bertambah tertekan.

Belum dicampur dengan masalah yang ditimbulkan oleh Badri dan Sahak. Nordin pula berterusan dihujani dengan gangguan dari wanita misteri yang tidak dia kenali. Satu persatu tembelang yang bersarang dalam Melur Holding terdedah.

Nordin bertambah bingung apabila semua kecelaruan itu dikaitkan dengan kakak iparnya, Datin Maria. Malah turut terheret sama adik lelaki Datin Maria. Semua itu saling kait berkait antara satu sama lain. Nordin pula diminta untuk menyimpan segala bukti dan maklumat yang wanita misteri itu berikan. Namun tidak ada penjelasan jelas dari wanita itu, menjadikan Nordin bertambah keliru. Tidak pasti apa yang sedang berlaku.

Di ketika yang sama Datuk Rahim bergelut dengan masalah gangguan yang dialami oleh Azimah dan Nazirah. Kerap pula Azimah kesurupan menjadikan keadaan bertambah kecoh. Biarpun sudah diminta bantuan dari Lebai Man, namun keadaan Azimah masih juga tidak pulih sepenuhnya.

Ketika di waktu yang sesuai akhirnya wanita misteri itu menampilkan dirinya. Beliau telah membongkar segala kebusukan yang ada di dalam Melur Holding. Menurutnya semua itu telah diaturkan oleh Datin Maria demi untuk memuaskan nafsunya sendiri. Segala kebejatan memang telah dirancang dari awal. Datin Maria telah mengunakan Melur Holding untuk kepentingan dirinya sendiri. Segala penyelewengan Datin Maria telah dibongkarkan oleh Juliana selaku wanita misteri itu.

Bertambah terkejut apabila Juliana mengatakan bahawa gangguan yang diterima oleh Azimah dan Nazirah sebenarnya turut didalangi oleh Datin Maria sendiri. Kerana merasa dirinya terancam dengan Datuk Rahim, Datin Maria telah merancang untuk menakutkan keluarga Datuk Rahim. Semua itu sebagai tanda amaran dari beliau. Andai Datuk Rahim berkeras, Datin Maria tidak teragak-gak untuk terus menyeksa Azimah dan Nazirah.

Dengan segala bukti yang ada di tangan Juliana dan Nordin, akhirnya mereka bersepakat untuk mengheret Datin Maria ke muka pengadilan untuk dihukumi. Lalu Datin Maria terperangkap dengan permainannya sendiri.

Status : In Stock
Retail Price : RM28.90
Now Offer : RM28.90

ISBN:
9789672394310
Category:
Karya Publika
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
KARYA PUBLIKA
Pages:

Dimensions (mm):
115 x 185 x 20
Weight:
0.40

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1