LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Motivasi
 



this with your friends
Kepentingan Mengikuti Sunnah **
by author BADIUZZAMAN SAID NURSI, ,

Buku ini merupakan himpunan tiga risalah daripada kitab al-Lama'at (Kilauan-Kilauan) dan kitab Dhu al-Fiqar. Hipunna ini bertujuan untuk mengumpulkan risalah yang berkaitan kepentingan mengikuti Sunnah Nabi Muhammad di dalam Risalah al-Nur.

Bab pertama adalah risalah Sunnet-i Seniye. Risalah ini mengandungi sebelas noktah yang menerangkan kepentingan mengikuti Sunnah Nabi Muhammad, cara dan bagaimana mengikutinya, faedah mengikuti sunnah dan penawar bagi penyakit bid'ah.

Bab kedua buku ini pula dinamakan sebagai Minhaj al-Sunnah di mana Imam Badi'uzzaman Sa'id Nursi menafsirkan dua ayat al-Qur'an. Ia mempunyai empat nuktah yang menerangkan kesempurnaan belas dan rahmat Rasul kepada umatnya, hikmat Rasul menzahirkan kasih sayang kepada Ahlul Bayt, kepentingan Ahlul Bayt di dunia Islam, dan membahaskan permasalahan yang menjadi punca pertikaian di antara Shi'ah dan Ahli Sunnah wal Jama'ah.

Bab yang ketiga pula merupakan risalah Mukjizat Nabi Muhammad daripada kitab Dhu al-Fiqar. Risalah ini ditulis untuk menerangkan bahawa kenabian Nabi Muhammad adalah benar. Risalah ini mengandungi empat belas lelehan, dan pada setiap lelehan itu menjelaskan bukti-bukti dari perspektif yang berbeza tentang kebenaran misi kenabian Nabi Muhammad.

Status : In Stock
Retail Price : RM25.00
Now Offer : RM25.00

ISBN:
9786054026210
Category:
Motivasi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
PENERBITAN HAYRAT
Pages:
115
Dimensions (mm):
141 x 214 x 8
Weight:
0.25

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1