LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Seni
 



this with your friends
Cempaka Di Langit Rajab **
by author LILY HASLINA NASIR, ,

Sebuah kisah cinta yang melangkaui tiga generasi. Tiga wanita, Karmini, Karmila dan Cempaka, bagai digenggam takdir hidup yang penuh berliku. Mereka ini membawa semangat emansipasi yang sangat luar biasa. Dalam lembut ada tegasnya, dalam patuh ada bangkitnya. Karmini mengharungi keperitan hidup di zaman perang bersama suami, Daeng Amid. Hidup serba sukar dan sulit. Daeng Amid yang terasuh dalam lingkungan budaya dan falsafah masyarakat Bugis, berusaha mempertahankan perkahwinannya.

Karmila pula terpaksa menelan segala luka di dada saat cintanya tidak kesampaian. Wanita berjiwa cekal ini bagaimana pun mengalih segala rasa kecewa dengan meneruskan pencarian mengejar ilmu biarpun ada ketika hidupnya sentiasa berlinang air mata. Percintaan yang tidak kesampaian bersama Aidit, menjadikan dirinya menjadi manusia yang sangat tabah.

Cempaka, gadis yang sentiasa berbangga dengan darah Bugis yang mengalir di tubuhnya, menjadi saksi kepada kehidupan yang penuh onak dan berduri ibu tercinta. Kasih ikhlas Hizairi untuknya sukar diyakini.

Kehidupan pahit yang dilalui oleh ibu Cempaka menjadikan hati gadis ini begitu
keras terhadap lelaki. Dia berjanji dia tidak akan membiarkan hidupnya menjadi seperti ibunya yang banyak berkorban kerana seorang lelaki. Dia membesar sebagai seorang wanita yang terlalu berhati-hati apabila berbicara tentang perasaan.

Berdamai dengan takdir menjadi pilihan terbaik. Cempaka akhirnya belajar untuk memaafkan biarpun ia umpama meletakkan garam pada luka jiwa yang tersimpan sekian lama.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Karmini - Taatnya tertumpah pada Daeng Amid.
Karmila – Cintanya berkecai di rusuk Aidit. Sengsaranya tercipta di neraka Fakri.
Cempaka - Semangatnya menjulang tinggi, memacu langit. Wanita harus mandiri. Wanita boleh mencipta bahagia sendiri biar jiwa meronta mahu menyambut kasih Hizairi.

Cempaka Di Langit Rajab, kisah penuh sejarah yang nyata, menyusuri pedih luka, tawa canda dan rebah bangkit, jiwa tiga wanita, tiga generasi. Cinta menjadi sangat epik tatkala ia mampu mengasuh kalbu, menjadi manusia yang lebih dewasa. Ada ketika, takdir hidup amat menguji diri. Lebih menambah sengsara apabila kebahagiaan bagai sukar digapai sepanjang kehidupan. Takdir merantai hati, cinta sejati bagai tidak bertemu jalan pulang ke sanubari. Entah di mana yang salah, entah apa dosa di masa silam, tiga wanita dari leluhur yang sama, sukar menjamah erti cinta. Hidup sentiasa diduga.

Namun Cempaka tidak sesekali beralah. Dia mewarisi semangat juang keturunannya. Dunia peragaan tidak pernah membuat dia lupa diri. Penderitaan ibunda, Karmila, menjadi tunjang kekuatan. Wanita harus bangkit. Bahagia itu pilihan. Hanya Hizairi yang mampu melunakkan perasaannya. Antara dendam, kecewa dan semangat untuk bangkit, Cempaka akur dengan rencana Tuhan di kala bulan Rajab menyapa langit.

Status : In Stock
Retail Price : RM30.00
Now Offer : RM30.00

ISBN:
9789674692049
Category:
Karya Seni
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
KARYA SENI
Pages:

Dimensions (mm):
115 x 185 x 30
Weight:
0.56

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1