LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Seni
 



this with your friends
Merinduimu Bukan Sederhana **
by author PYNAT MOURI, ,

Siapa sangka, jarak dan waktu yang tersingkap menyimpan sebuah kebenaran antara Lutfir Hakimi dan Hazie Tsuraya. Bermula dari insiden yang lalu, Lutfir terus membawa rindu yang terpendam lama. Hanya kerana sebaris nama yang hampir sama di atas selembar warkah, dia tersalah sangka lalu terpaksa dia menanggung malu dan ego tidak bertepi.

Namun rindunya kepada Hazie bukan rindu yang sederhana. Jauh di sudut hati dia selalu mengharapkan Hazie memandangnya walaupun sekali.

“Lama kita tak berjumpa. Abang Kimi sihat?”- Hazie Tsuraya

“Kalau belum nak mati tu… Kira sihatlah.”- Lutfir Hakimi

Bukan dia tak cuba melupakan tentang wanita itu namun mereka bagai dijodohkan kerana bersua lagi. Takdir yang tertulis membuatkan mereka semakin dekat. Kali ini dia tidak mampu menidakkan rindu yang sudah lama menghuni dalam hatinya.

Saat rindu yang disemai semakin bercambah, pelbagai dugaan datang menghimpit. Tidak seinci pun dia berganjak jauh daripada Hazie. Menyayangi wanita itu menuntut kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan.Itulah yang dia lakukan.

“Kalau aku tak ucap bukan bererti aku tak sayang. Bukan bererti aku tak peduli. Aku tunjuk semua tu melalui perbuatan tapi kau yang tak nampak. Sibuk ukur nilai kasih sayang tu dengan kata-kata.”- Lutfir Hakimi

“Kalau manusia mampu melakar sendiri takdirnya, takkan ada lagi manusia yang bersyukur kepada-Nya.” – Hazie Tsuraya

Merindui seseorang cukup melelahkan.Hanya mereka yang mengusung rindu tahu betapa sakitnya hati dibebankan dengan rasa kosong.

“Sejujurnya, aku harap surat cinta tu memang untuk aku dan bukan untuk Hakimi. Kau bagi aku harapan seminit kemudian kau hancurkan sekelip mata. Bukan aku tak cuba lupakan kau tapi kau sentiasa ada dekat. Macam mana aku nak move on?” - Lutfir Hakimi

Mampukah kerinduan itu mengikat sebuah cinta? Adakah rindu yang hadir itu sekadar rindu yang sederhana?

Status : In Stock
Retail Price : RM26.00
Now Offer : RM26.00

ISBN:
9789674692032
Category:
Karya Seni
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
KARYA SENI
Pages:

Dimensions (mm):
115 x 185 x 26
Weight:
0.49

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1