|
Jamil vs Tipah **
by author WEEDA AIRIZA,
,
“Duduk betul-betul boleh tak? Kereta dah senget ke tepi, saya nak lalu jalan berselut ni. Nanti kereta tenggelam, habis kita!” - Jamil
“Eh, kau berhenti sekarang! Kau nak suruh aku turun, sebab aku buat kereta kau berat, kan, kan?!” – Latifah
Latifah geram. Laser betul Jamil, ada saja modal nak bagi dia sakit hati. Persahabatan mereka sejak kecil terus berantakan gara-gara salah faham. Lebih memeningkan, mereka terpaksa bekerjasama bila kampung pula diserang ‘orang minyak’.
“Baik kamu kahwin, jangan nak jual mahal sangat, Tipah! Orang minyak ni cari anak dara!”
“Eh, kau suka kakak bomboloni montel kau tu ke? Cakap ajelah kalau suka!”
Jamil nekad mahu memperbaiki hubungan mereka. Latifah buat tidak endah, hanya ambil pendekatan untuk tidak menyerah kalah. Namun, kehadiran si cantik jelita menyebabkan jiwa kentalnya menjadi goyah.
“Akak jangan mimpilah nakkan Jamil. Akak bukan taste dia.” - Airin
Latifah keliru. Aku suka Jamil? No! It’s weird, okay? Lagipun, dia Jamil. Aku Latifah. Macam watak utama filem Madu Tiga. Entah-entah kalau terima, aku berpotensi untuk bermadu! Hesy, gadis itu bertambah seram. Tak mungkin mereka saling mencintai!
“Biar saya jadi mahram awak, suami awak, Tipah.”
Argh, kegilaan apakah ini?! Latifah mahu pengsan!
|
Status : In Stock
Retail Price : RM27.00
Now Offer : RM27.00
ISBN:
9789674692001
Category:
Karya Seni
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
KARYA SENI
Pages:
Dimensions (mm):
115 x 185 x 25
Weight:
0.49
|