|
Psikologi Dalam Al-Qur'an **
by author ABANG ISHAR ABANG YAMAN,
,
Psikologi merupakan ilmu yang membicarakan persoalan manusia dari segi kejiwaan, pemikiran, persepsi, tingkah laku, karakter dan fenomena tertentu manusia dalam berinteraksi dengan persekitaran. Psikologi moden memiliki perkaitan yang sangat rapat dengan ayat al-Qur'an. Apabila psikologi moden membincangkan masalah tingkah laku dan fenomena fizikal manusia, sebenarnya dalam al-Qur'an telah pun terdapat banyak ayat yang menyatakan tentang kepelbagaianan tingkah laku dan fenomena fizikal manusia. Begitu juga apabila psikologi moden membincangkan tentang kejiwaan, emosi dan ciri-ciri karakter manusia, al-Qur'an lebih awal lagi telah menyatakan ciri jiwa manusia dalam pelbagai bentuk, khususnya jiwa manusia yang tenang dan bermasalah, malah al-Qur'an menyebutkan tentang sifat emosi manusia, sperti takut, gelisah, gentar, selesa dan gembira.
Dalam buku ini penulis memberikan gambaran yang jelas tentang psikologi yang terdapat dalam al-Qur'an dengan mengetengahkan teori-teori psikologi moden yang sebenarnya telah wujud dalam al-Qur'an. penulis juga memberikan pelbagai maklumat, panduan dan pengetahuan tentang keperluan manusia memahami motif tingkah laku, emosi dan pelbagai penyakit psikologi manusia dari perspektif al-qur'an. semua jenis kecerdasan emosi, institusi berfikir dan intelek manusia dapat ditingkatkan dengan terapi al-Qur'an. mlah, al-Qur'an memberikan panduan yang berkesan untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan psikologi manusia. Oleh itu, buku ini wajar dbaca dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM56.00
Now Offer : RM56.00
ISBN:
9789834934866
Category:
Kesihatan
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
DBP
Pages:
403
Dimensions (mm):
152 x 227 x 20
Weight:
0.55
|