|
Psikologi Remaja dan Masalah Psikososial **
by author JAS LAILE SUZANA JAAFAR,
,
Masalah psikososial atau masalah tingkah laku dalam kalangan remaja dikatakan bermula seawal dari umur 9 tahun sehingga 10 tahun. Antara masalah yang sering berlaku dalam kalangan remaja adalah ketagihan dadah dan arak, masalah delinkuensi dan geng, kemurungan sehingga mencetuskan remaja untuk melarikan diri dari rumah, serta masalah anoreksia dan bulimia. Dalam usaha untuk menangani masalah tersebut, terdapat 3 daya tindak yang telah dikenal pasti oleh ahli psikologi, iaitu "problem-focused", "appraisl-focused" dan "emotion-focused coping".
Buku ini dipecahkan kepada 11 bab yang mengetengahkan isu berkaitan psikologi remaja dan masalah psikososial remaja. Pada awal bab, penulis menghuraikan kajian berkaitan psikologi remaja berserta definisi dari segi fisiologi, kognitif serta kronologi dan eklektik. Selain itu, teori perkembangan remaja turut diterangkan. Beberapa perkembangan remaja yang dihuraikan dalam buku ini ialah perkembangan kognitif remaja, perkembangan moral, perkembangan identiti dan perkembangan konsep kendiri..
Hubungan antara remaja dengan keluarga dan rakan sebaya pula sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup remaja dari aspek material sperti pakaian, telefon bimbit, dan kenderaan. Pada akhir bab, penulis memfokuskan kaedah rawatan dan strategi pencegahan melalui program tertentu dan kaunseling.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM56.00
Now Offer : RM56.00
ISBN:
9789834937041
Category:
Kesihatan
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
DBP
Pages:
218
Dimensions (mm):
140 x 215 x 11
Weight:
0.27
|