LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Faraid
 



this with your friends
Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat **
by author USTAZ GHAZALI IBRAHIM, ,

“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya kepada orang lain. Kerana
sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada ilmu yang banyak.
Tetapi malangnya, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah
ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku!"
(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Ilmu faraid adalah kunci untuk kita mengurus, membahagi dan merancang harta pusaka. Namun, ramai umat Islam hari ini mengabaikan ilmu tersebut. Akibatnya, berlaku perebutan harta dalam kalangan ahli keluarga. Banyak kes pembahagian harta pusaka yang masih tidak selesai walaupun pemiliknya sudah lama meninggal dunia.

Realiti hari ini benar-benar membuktikan bahawa ilmu faraid adalah ilmu yang dilupakan dan mula-mula dicabut daripada umat Nabi Muhammad SAW. Bukti paling hampir, cuba anda yang sedang memegang buku ini tanya diri sendiri:

“Adakah kita benar-benar tahu dan mahir tentang ilmu faraid?”

Bahkan jika kita bertanya soalan berkenaan faraid dan pusaka kepada mereka yang bergelar imam ataupun ustaz sekalipun, jawapan yang mungkin diberikan ialah, “Nanti saya rujuk kitab dahulu.” Atau, “Saya rasa pejabat pusaka lagi mahir dalam hal ini."

Maka, marilah kita sama-sama mempelajari ilmu faraid agar kita tahu hak dan bahagian sebenar setiap waris. Jangan sampai kita terambil atau merampas bahagian yang bukan hak kita! Apa yang lebih penting, harta yang ditinggalkan sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang si mati terlebih dahulu. Semoga kita terhindar daripada fitnah harta serta selamat di dunia dan akhirat.

Status : In Stock
Retail Price : RM35.00
Now Offer : RM35.00

ISBN:
9789670078090
Category:
Faraid
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
MUSTREAD
Pages:
348
Dimensions (mm):
153 x 228 x 20
Weight:
0.60

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1