LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Alaf 21
 



this with your friends
Unforgettable Love **
by author MASTURA ABDULLAH, ,

Kematian seluruh ahli keluarganya dalam sebuah nahas udara telah mengubah kehidupan Hud yang ceria pada asalnya kepada seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Peristiwa itu telah memberi tekanan besar kepada dirinya sehingga terpaksa mengambil ubat depresi setiap hari.

Tujuh tahun berlalu, Hud belum dapat melupakan peristiwa pahit itu. Dia yakin ianya telah dirancang seseorang, lebih-lebih lagi dirinya kerap diekori. Hud nekad membalas dendam. Malam itu dia mengejar kereta yang sering mengekorinya, namun malang menimpa diri. Kereta yang dipandunya melanggar seorang wanita.

Teka-teki tidak terjawab, sebaliknya Hud terpaksa menggalas beban di bahunya apabila wanita itu hilang keupayaan untuk berjalan, tidak mampu bercakap. Usaha menjejak pembunuh keluarganya terbengkalai, malah tumpuannya beralih kepada Zahra, si gadis yang telah dilanggarnya. Hati yang disangkakan dingin dan beku, rupa-rupanya masih memiliki rasa simpati.

Berbekalkan simpati, Hud bertekad mengembalikan hidup Zahra yang dulu sebelum meneruskan misi hidupnya. Dia membawa Zahra ke Maryland dengan tujuan untuk memulihkan suara wanita itu, namun pesawat ringan yang mereka naiki telah disabotaj. Juruterbang hilang dari kokpit, menyebabkan Hud terpaksa menggunakan skill simulasi pesawat yang pernah dipelajari dulu dan melencongkan pesawat tersebut ke Riyadh.

Sahabat di Riyadh yang sudah lama terputus hubungan, dihubungi kembali. Dalam tempoh kurang tiga jam, Aliy terpaksa menyediakan landasan untuk membolehkan pesawat persendirian yang diterbangkan Hud mendarat. Zahra dibawa ke Hospital Universiti Raja Azeez untuk dirawat. Hud pula meneruskan perjalanan ke Moscow bagi mengelakkan dia ditangkap polis akibat huru-hara yang tercetus selepas pesawat yang dipandunya mendarat di Lebuhraya Riyadh-Makkah.

Di Moscow, Hud tinggal bersama Abram yang merupakan teman lama ketika mereka sama-sama menuntut di University College London dulu. Kepakaran Abram dalam bidang elektrik dan elektronik turut menjadi sebab mengapa Hud memilih Moscow untuk menyembunyikan diri. Dia mahu nampak mati, supaya dapat mengumpan musuhnya keluar dari persembunyian.

Umpan Hud mengena. Tampuk kepimpinan syarikat peninggalan almarhum papa diambil oleh Gibran, sebuah figura yang tidak pernah dikenali Hud, baik namanya, mahupun orangnya. Segala maklumat tentang Empayar Bumi disalurkan oleh Aliy, yang berada di KL kerana mengiringi Zahra yang telah pulih pulang ke Malaysia dan seterusnya menjadi perisik bagi Hud.

Akhirnya, Hud mengambil keputusan nekad untuk kembali ke Malaysia dan berdepan dengan Gibran yang diyakini menjadi dalang dalam semua kejadian buruk yang menimpa keluarganya sebelum ini. Sekembalinya Hud ke Malaysia, dia mencari Zahra terlebih dahulu kerana dia pernah berjanji untuk mencari Zahra jika ditakdirkan usianya masih panjang.

Hud tidak sedar, sikapnya yang bertanggungjawab dan prihatin telah menukar rasa benci kepada cinta di hati Zahra. Namun, Zahra sedar yang Hud tidak mencari cintanya. Dia tahu apa yang dicari lelaki itu adalah pembunuh keluarganya. Hanya doa yang dititip supaya rasa benci hilang dari hati lelaki itu.

Status : In Stock
Retail Price : RM28.00
Now Offer : RM28.00

ISBN:
9789672858010
Category:
Alaf 21
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:

Publisher :
ALAF 21
Pages:
423
Dimensions (mm):
115 x 185 x 32
Weight:
0.39

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1