LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Cerita Kanak-Kanak 10-12 Tahun
 



this with your friends
Siri Penyiasat Cilik - Misteri Kampung Bergelap **
by author MY ROSLAN, ,

Bekalan elektrik yang terputus hingga beberapa hari membuatkan sekalian warga Kampung Parit Ketumbit resah gelisah. Begitu juga dengan Pak Dolloh yang turut risau kerana perasmian dewan baharu hanya tinggal beberapa hari lagi. Dalam kegelapan malam, banyak pula masalah yang timbul. Cikgu Saman yang ditugaskan menjaga barang-barang di dewan telah diganggu oleh sesuatu yang sangat menakutkan. Jidin Jambul pula nyaris kemalangan, manakala Wak Ketot pula nampaknya tidak senang duduk apabila benda penting di rumahnya turut hilang. Di sekolah, berlaku juga kecurian.

Perkara-perkara misteri yang tidak ketahuan punca ini menyebabkan Indra dan rakan-rakannya turut pening kepala. Nampaknya, mereka terpaksa berbuat sesuatu. Ya, mereka perlu menyiasat! Maka bermulalah siri penyiasatan tiga sekawan yang sangat mencabar dan penuh dengan kejutan sehingga hampir-hampir membuatkan jantung mereka luruh.

Dapatkah Indra dan kawan-kawannya menyelesaikan segala masalah yang melanda kampung mereka dalam keadaan bergelap? Dan, sempatkah Pak Dolloh dan sekalian penduduk kampung membuat persiapan sebelum majlis perasmian dewan
mereka?

Sedangkan…mereka tidak mempunyai banyak masa.

Status : In Stock
Retail Price : RM15.00
Now Offer : RM15.00

ISBN:
9789672458487
Category:
10-12 Tahun
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
RIMBUNAN PUBLISHING HOUSE
Pages:

Dimensions (mm):
127 x 190 x 11
Weight:
0.28

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1