LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Umum
 



this with your friends
Membongkar Mitos & Realiti Penghuni Bumi - Sebelum & Selepas Adam AS & Hawa #
by author MALEK MUHAMAT SAID, ,

Buku ini digarap daripada pelbagai sisi inspirasi dan stilistik (penyusunan ilham dan gaya penulisan) sama ada genre fiksyen (fantasi) atau bukan fiksyen (faktual). Genre fiksyennya meliputi pelbagai naratif dongengan, cerita rakyat, penglipur lara, mitos, legenda, roman, hikayat dan pelengkapnya kisah atau riwayat Israiliyyat. Citra faktualnya diserlahkan dengan sokongan keterangan al-Quran dan hadis Nabi. Lazimnya, apabila sesuatu periwayatan melalui tempoh masa yang panjang maka pelbagai unsur Israiliyyat turut menyelinap masuk apatah lagi sumber kisah atau riwayatnya hanya berdasarkan tafsiran para sahabat, tabi’in dan tabi’ut tabi’in yang tidak berakhir dengan Rasulullah. Sudah termaklum, intipati kisah atau riwayat Israiliyyat sekadar pengulangan apa yang pernah diulang-ulang sebelumnya sehingga berlakunya beberapa tokok tambah dan pengurangan. Terkadang kala, naratif sesuatu kisah atau riwayat Israiliyyat itu seperti sebuah sketsa yang menyampaikan sesuatu pada asalnya ‘berita benar’ yang berakhir dengan ‘berita palsu.

Dari sudut tasawur Islam, segala ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat tentang segala sesuatu fenomena, kejadian atau peristiwa atau kisah-kisah yang pernah berlaku sewajarnya dijadikan iktibar, contoh teladan, pengajaran dan peringatan kepada umat manusia pada masa kini dan akan datang. Pelbagai maklumat tersebut adalah sebahagian daripada khabar atau berita ghaib yang hanya disampaikan melalui kitab-kitab suci agama-agama samawi khususnya Kitab al-Quran.

Pelbagai peristiwa dan tragedi dahsyat yang pernah menimpa umat-umat terdahulu (golongan jin dan manusia) hanya disebabkan oleh kerakusan, kesilapan dan kelalaian mereka sehingga terlanjur melakukan tindakan yang melampaui batasan. Disebabkan kufur dan fasik terhadap Allah Ta’ala, mereka tergamak melakukan pelbagai kemungkaran, kezaliman, kekejaman serta penindasan sesama sendiri sehingga menimbulkan pelbagai bencana dan kerosakan di muka bumi.

Semoga buku ini bermanfaat dalam memberikan ibrah atau pengajaran, memberikan panduan agar berhati-hati terhadap dakyah musuh-musuh Islam, membantu menjadi seorang muslim yang lebih arif dalam memilih, meneliti dan melakukan pertimbangan akal budi berkaitan apa yang betul dan apa yang salah atau antara sesuatu hak dengan sesuatu yang batil, insya Allah.

Status : In Stock
Retail Price : RM37.90
Now Offer : RM37.90

ISBN:
9789672278498
Category:
Umum
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
216
Dimensions (mm):
148 x 210 x 12
Weight:
0.45

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1