|
|
|
Choose your Book
Malay Books Agama Tasawuf |
|
|
Syarah Minhajul Abidin Imam Al-Ghazali Siri Ketiga (Edisi Rumi dan Jawi) #
by author KHAIRATUL AKMAR BIN AB LATIF,
,
Dalam buku ketiga bagi syarah Minhajul 'Abidin ini merupakan sambungan bagi kitab yang kedua. Pada siri kitab ketiga ini membicarakan secara khusus berkait dengan cara bagi menghasilkan sifat taqwa iaitu dengan menjaga anggota badan yang utama iaitu mata, telinga, lidah, hati dan perut kerana kesemua anggota ini merupakan sumber bagi masuk melaluinya dosa dan pahala yang akhirnya memberi kesan yang besar terhadap kesejahteraan hati dan kerosakkannya.
Dalam memperbaiki hati, imam Al-Ghazali menumpukan perbincangan terhadap empat sifat hati yang utama yang mengotorkan hati iaitu panjang angan-angan, hasad dengki, gopoh dan takabbur serta cara merawatnya secara terperinci yang memadai bagi si salik mengambil manfaat melaui perbincangan ini.
Perbincangan yang panjang serta halus juga berkaitan dengan perut turut ditekankan. Ini kerana menurut imam Al-Ghazali, makanan adalah punca utama yang mempengaruhi bagi segala sifat hati. Tumbuh segar tanaman adalah melalui siraman air, begitulah sifat-sifat terpuji dan yang dikeji oleh syara' juga adalah merupakan hasil daripada sumber makanan yang dimakan yang akan menumbuhkan daging serta sifat-sifat yang bersesuaian dengan makanan yang dimakan dan seterusnya.....
|
Status : In Stock
Retail Price : RM22.00
Now Offer : RM22.00
ISBN:
9789838673433
Category:
Tasawuf
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2021
Publisher :
PUSTAKA AMAN PRESS
Pages:
271
Dimensions (mm):
151 x 215 x 14
Weight:
0.36
|
|
|
|
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1 | | | |