|
Ciri-Ciri Wanita Ahli Syurga #
by author JAAFAR AL-SIDDIQ,
,
Punca berlakunya krisis dan penceraian antara pasangan suami isteri, antara faktor umum yang mudah sekali para suami isteri ambil jalan mudah membuat rumusan, adalah atas alasan hubungan mereka tidak bahagia lagi. Tetapi itu merupakan akibat sahaja daripada punca asas yang tersembunyi atau sengaja disembunyikan atau masing-masing tidak sedari atau menganggapnya tidak penting.
Oleh sebab itu dalam buku yang berjudul "Ciri-Ciri Wanita Ahli Syurga" ini, selain disentuh tentang pengurusan zahir seperti ekonomi dan lain-lain, disentuh juga tentang persoalan pengurusan hati dan perasaan sebagai satu persoalan yang penting dalam hubungan antara suami isteri, yang mana para wanita atau isteri boleh dan perlu sama-sama memainkan peranan mereka.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia (Allah) mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya (di dalam hati) di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir".
[Surah Al-Rum 30:21]
"Dan orang yang beriman, (di kalangan kaum) lelaki dan wanita, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi (kepada) sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".
[Surah At-Taubah 9:71]
|
Status : In Stock
Retail Price : RM18.00
Now Offer : RM18.00
ISBN:
9789670482712
Category:
Wanita
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2015
Publisher :
PUSTAKA AL EHSAN
Pages:
270
Dimensions (mm):
152 x 228 x 14
Weight:
0.43
|