|
Hai Remaja! Pelihara Kesihatan Fizikal & Mental Anda #
by author AMINA NOOR,
,
Jika kita ingin melihat bagaimanakah bakal pemimpin-pemimpin masa akan datang, lihatlah keadaan golongan remaja dan belia kita masa sekarang. Sekiranya golongan ini berada di atas landasan agama, adab, akhlak, jati diri dan tatasusila yang betul, maka usah bimbangkan kerana ketamadunan yang kukuh dan unggul akan dipertahankan. Tetapi sekiranya golongan ini tidak berada pada landasan yang tepat, berhati-hatilah.
Pada usia lingkungan remaja ini adalah kelompok jiwa dan tubuh badan yang aktif, agresif dan palang dicabar dan tercabar. Ramai kalangan ibu bapa kurang pendedahan dalam mendidik dan menghadapi anak-anak pada usia lingkungan ini. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang muda dan kurang ilmu. Inilah yang membuat keadaan menjadi semakin membarah dan parah darl segi sosial dan moralnya.
Pada usia ini bukan sahaja kestabilan dan kemantapan fizikal sahaja yang perlu ditekankan. Malah yang paling penting ialah persediaan akal dan mental dalam mengurus, mengawal dan mendidik emosi, ego serta kematangan membuat keputusan. Ini memerlukan bimbingan dan sokongan mereka yang lebih dewasa iaitu ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Mantapkan diri kita dengan ilmu dan skil sebagai remaja. Dan untuk ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekitar, berkawan dan berikanlah sokongan kepada para remaja kita agar membangun menjadi generasi yang cemerlang.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM15.00
Now Offer : RM15.00
ISBN:
9789670268637
Category:
Motivasi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2013
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
208
Dimensions (mm):
140 x 207 x 11
Weight:
0.30
|