LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Motivasi
 



this with your friends
Orang Yang Didoakan Oleh Para Malaikat #
by author D.A. PAKIH SATI, ,

Para malaikat diciptakan oleh Allah daripada cahaya (nur). Beriman kepada malaikat adalah salah satu daripada Rukun Iman. Sesungguhnya di dalam Al-Quran dan hadis, ada disebutkan mengenai doa para malaikat ke atas orang mukmin. Doa para malaikat adalah istimewa kerana malaikat adalah makhluk yang sentiasa taat beribadah, bebas dari nafsu seperti manusia serta sentiasa rapat/akrab di sisi Allah Azza wa Jalla di ‘Arasy.

Di antara doa-doa tersebut adalah seperti yang dirakamkan Allah di dalam Surah Al-Ghafir ayat 7 hingga 9, yang bermaksud;

“Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): “Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Di dalam buku ini, penulis telah menyenaraikan dengan terperinci beberapa golongan dan keadaan orang Mukmin yang didoakan oleh para Malaikat. Semoga para pembaca dapat mengambil manfaat daripada mutiara ilmu yang disampaikan dalam buku ini agar kita mendapat keredhaan Allah SWT serta kebaikan hidup dunia dan akhirat.

Status : In Stock
Retail Price : RM10.00
Now Offer : RM10.00

ISBN:
9789674391591
Category:
Motivasi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2014
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
150
Dimensions (mm):
142 x 203 x 8
Weight:
0.22

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1