|
|
 |
Choose your Book
Malay Books Agama Tafsir Al-Quran |
|

|
Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fatihah #
by author AHMAD SAIFUDDIN YUSOF,
TENGKU NURHUSNI TENGKU AB RAZAK,
Surah Al-Fatihah adalah rangkuman keseluruhan kandungan Al-Quran. Tafsir bagi surah ini menggambarkan pemikiran seseorang terhadap kandungan Al-Quran.
Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah Al-Fatihah membawa kita memahami kerangka pemikiran al-Marhum Tuan Guru terhadap ayat-ayat suci Al-Quran dalam seluruh urusan hidup di dunia dan di akhirat.
Tafsir ini membawa kita mengembara untuk memahami samudera kalimah-kalimah suci Al-Quran di dalam surah Al-Fatihah. Menyelami makna hikmah terselindung di sebalik mutiara emas Kalam Ilahi.
Daripada alunan bicara kuliah tafsir al-Marhum Tuan Guru, lautan ilmu beliau yang dalam. Dapat kita selami bersama bagi setiap arus makna huruf dan kalimah Al-Quran supaya meresap ke dalam ketenangan hati manusia.
Pelayaran di lautan tafsir ini baru sahaja ditarik sauhnya dan dibentangkan layarnya. Bersama tiupan yang deras, kita akan merentasi gelora kalimah Al-Quran yang mulia.
Tafsir ini akan terus meluncur laju di dalam fikiran, apabila dibaca dengan kejernihan jiwa dan ketenangan hati untuk mendekatkan diri kepada Pencipta yang Agung.
Melalui kepetahan kata-kata, ilmu dan pengalaman yang padat al-Marhum Tuan Guru, kita akan mampu menerobos masuk ke dalam pati rahsia Surah Al-Fatihah, surah yang pertama.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM30.00
Now Offer : RM30.00
ISBN:
9789671771204
Category:
Tafsir Al-Quran
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2019
Publisher :
PERTUBUHAN ALIM RABBANI
Pages:
104
Dimensions (mm):
159 x 235 x 11
Weight:
0.33
|
|
|
 |
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1 | | | |