LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Suara Hati Publication
 



this with your friends
Cinta Untuk Kekasih Hati #
by author ATEEN KHALID, ,

Tatkala rumah Tyara Ailana, seorang pelakon dipecah masuk oleh seorang peminat yang obses, Tengku Firas mengarahkan Luthfi Alzidan untuk melindungi wanita itu.

Luth berat hati pada mulanya untuk menerima tugasan itu mengenangkan ‘siapa’ Tyara pada Tengku Firas namun, saat fikirkan keluarga di kampung… dia terima.

Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelaki itu tersenyum dan berceloteh.

“Jadi, awak takde kekasih? Tunang? Isteri?” – Tyara Ailana

“Saya mana ada marka. Eh… kekasih. Tak sempat nak cari. Sibuk. Kekasih pun tak ada takkan tiba-tiba nak ada bini pulak.” – Luthfi Alzidan

Tengku Firas hanya tahu mengarah. Tapi… yang melindungi, yang buat Tyara rasa selamat, yang berada dengannya ketika dia takut, yang buat dia ketawa… Luthfi Alzidan.

Mengenali Luth membuatkan Tyara menjadi berani. Berani untuk keluar dari kehidupannya yang sebelum ini dan mencari bahagia yang diimpikan. Dia ingin hidup… seperti orang lain. Hinggalah tiba ke satu tahap, Tyara sanggup tinggalkan semuanya hanya untuk memiliki cinta Luth. Namun, Luth menolak.

Untuk mendapatkan cinta dan bahagia yang diinginkan, bukanlah mudah. Bila disangkakan semuanya telah selesai, suatu musibah telah merenggut kejam kebahagiaan Luth dan Tyara. Buat pertama kali, Luth yang sentiasa melindungi menjadi lemah. Tyara pula diserang dengan rasa bersalah.

Kerana ada harga yang perlu dibayar kerana mencintai dia....

Status : In Stock
Retail Price : RM28.00
Now Offer : RM28.00

ISBN:
9789672300298
Category:
Suara Hati Publication
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
SUARA HATI PUBLICATION
Pages:
640
Dimensions (mm):
114 x 184 x 29
Weight:
0.50

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1