LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Umum Sejarah
 



this with your friends
Membongkar Sejarah Agama & Budaya Melayu #
by author DR ABDUL RAHMAN HJ ABDULLAH, ,

Sebagai wilayah yang menjadi jalan persimpangan ( crossroad ) agama dan budaya , Alam Melayu mengalami perkembangan sejarah yang unik. Dari segi agama, ia bermula dengan tradisi agama atau kepercayaan asli, diikuti oleh agama atau kepercayaan asli, diikuti oleh agama Hindu dan Buddha dari India , dan agama Islam baik melalui India, Cina, ataupun terus dari Arab-Parsi. Dan dalam perkembangannya di Alam Melayu, walaupun pada prinsipnya ia mempunyai ciri-ciri yang distinktif atau berbeza, tetapi ia mengalami proses asimilasi baik secara sederhana mahupun secara berlebihan dalam bentuk sinkretisme.

Bersama dengan kedatangan agama juga ia membawa kebudayaan dan tamadun yang meliputi berbagai aspek kehidupan dan pemikiran ( life and thought ). Berbeza daripda pandangan model sekular yang memisahkan urusan agama dan kehidupan sebaliknya dalam pandangan tradisional persoalan budaya berkait rapat dengan agama sebagai asasnya ( foundation ). Namun dalam perkembangan budaya , nampaknya pengaruh budaya Hindu bersifat elitis , pengaruh budaya Buddha bersifat rakyat, dan terutamanya budaya Islam lebih menyeluruh baik di peringkat atasan mahupun rakyat bawahan umumnya.

Walaupun pada prinsipnya ajaran Islam berteraskan kesamaan darjat manusia kecuali kerana taqwanya , tetapi dalam praktiknya di Alam Melayu ada kalanya terdapat unsur perbezaan darjat dari segi penggunaan bahasa, adat istiadat, perundangan dan sebagainya.

Status : In Stock
Retail Price : RM38.90
Now Offer : RM38.90

ISBN:
9789672278320
Category:
Sejarah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
261
Dimensions (mm):
146 x 210 x 14
Weight:
0.50

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1