|
Tarbiah Sentap 2 #
by author ADNIN ROSLAN,
,
Buku ini adalah sambungan dari buku Tarbiah Sentap. Untuk siapakah buku ini sesuai dibaca?
• Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum hanya Rasulullah.
• Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat. Mungkin dia lupa, Rasulullah pun setiap hari bertaubat tak kurang dari 100 kali sehari.
• Untuk orang yang merasakan umur dia masih muda. Mungkin dia lupa, ajal boleh datang bila-bila.
• Untuk orang yang terlalu over confident bahawa taubatnya pasti diterima. Mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident adalah seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin bahawa mereka akan masuk syurga.
• Untuk orang yang hanya berpada dengan ilmu yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu mempunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita semua tahu.
• Untuk orang yang merasakan taubat adalah perkara remah. Sedangkan, taubat adalah fardhu ain ke atas setiap makhluk yang bernama manusia.
• Untuk mereka-mereka yang nak BEBAS dari maksiat dan dosa, namun dia masih kabur tentang hakikat dosa, dan apakah cara untuk meninggalkannya.
• Untuk mereka-mereka yang mahu libatkan diri dalam dakwah tarbiah, namun, dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui dakwah dan tarbiah ini.
• Untuk mereka-mereka yang dambakan kebahagiaan dan ketenangan yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan perlukan bimbingan secara terperinci.
• Untuk diriku sendiri, yang masih banyak cakap tak serupa bikin.
|
Status : Out of Stock
Retail Price : RM25.00
Now Offer : RM25.00
ISBN:
9789671349830
Category:
Motivasi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2015
Publisher :
SENTAP PRESS
Pages:
181
Dimensions (mm):
148 x 223 x 9
Weight:
|