LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Indonesia  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Sirah
 



this with your friends
Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung #
by author IMAM IBNU KATSIR, ,

Sebuah karya yang hebat yang memaparkan sejarah kehidupan empat khalifah yang agung dalam sejarah kaum muslimin. Membawakan kisah-kisah yang telah dijamin keabsahannya. Memaparkan sejarah keislaman, perjalanan keilmuan, keteladanan dan keperibadian, perjuangan agama dan dakwah, kekeluargaan dan persahabatan, diikuti kehebatan jihad di medan perang serta keunggulan selaku pemimpin di tampuk pemerintahan dan pentadbiran mereka sekalu Al-Khulafa' Ar-Rosyidun.

Karya ini turut menyingkap beberapa kekeliruan, salah faham dan fitnah yang terjadi terhadap Al-Khulafa' Ar-Rosyidun.

Mereka adalah empat sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang paling utama dan mulia, mereka-lah empat khalifah agung dalam Islam; yakni Abu Bakr, 'Umar, 'Utsman, dan 'Ali radhiyallahu 'anhum.

Karya ini asalnya merupakan bahagian yang termuat di dalam karya terkenal Al-Bidayah wa An-Nihayah susunan Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H). Kemudian diambil dan dikeluarkan pada bahagian kisah sejarah empat khalifah ini lalu dijadikan sebagai satu buku khusus secara berasingan.

Dan inilah hasilnya. Buku ini membentangkan kisah-kisah sejarah di zaman khalifah yang empat tersebut dari sudut pemerintah dan perkembangan dan penyebaran dakwah Islam ketika itu, corak dakwahnya, perjalanan pemerintahannya, peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, rentetan sejarah, pergolakan, kisah-kisah peperangan dan penaklukan, kisah-kisah kejayaan, dan kisah-kisah teladan dari para khalifah.
Semoga bermanfaat.

Status : In Stock
Retail Price : RM100.00
Now Offer : RM100.00

ISBN:
9789793407197
Category:
Sirah
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2019
Publisher :
DARUL HAQ
Pages:
736
Dimensions (mm):
170 x 245 x 40
Weight:

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved