LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Sirah
 



this with your friends
Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu #
by author TUN SUZANA TUN HJ OTHMAN, ,

Buku 'Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Raja-raja Melayu' edisi pertama terbitan awal tahun 2001 dahulu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Judul tersebut kini menjadi bahan rujukan penting di pelbagai institusi termasuk Arkib Negara dan perpustakaan-perpustakaan negeri. Ianya juga telah mencetuskan berbagai diskusi atas berbagai platform, membuahkan inisiatif-inisiatif keturunan Rasulullah SAW dari 'Gelombang Pertama' dan 'Gelombang Kedua' untuk mengadakan 'reunion' keluarga seta permintaan demi permintaan dari pihak pembaca untuk mencari salasilah keluarga yang diketahui bersusurgalurkan kepada kesultanan-kesultanan ahlul-bait dahulukala di Alam Melayu.

Kami merasa terharu di atas sambutan serta kata-kata perangsang yang diberikan. Atas permintaan ramai yang meminta judul tersebut diulang cetak, maka pihak kami telah mengambil keputusan untuk menerbitkan judul 'Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu'. Apa yang hendak kami tampilkan dalam karya terbaru ini ialah peranan dan jasa yang amat besar yang ditaburkan oleh generasi ahlul-bait awallun serta Raja-raja Melayu dahulu kala dalam menjelma, melebur, mengacu dan membentuk tamadun Melayu Islam Beraja, adat resam serta worldview bangsa Melayu. Pegangan sedemikian itulah yang berjaya memelihara ketahanan dalaman agama yang tinggi serta menguatkan jati diri orang Melayu untuk zaman-berzaman. Sentuhan ahlul-bait dan Raja-raja Melayu dari 'Orde Melayu Lama' (orde Kesultanan Melayu Melaka) inilah hakikatnya menjadi teras tunjang kekuatan jati diri Melayu.

Malangnya, hakikat yang terlindung ini telah menyebabkan bangsa Melayu menjadi sasaran utama perang saraf yang dicetuskan oleh musuh-musuh bangsa dan agama. Apa yang paling mengejutkan ialah serangan saraf ke atas bangsa Melayu yang melibatkan agenda Yahudi Zionis yang mulai zaman penjajahan British sekitar awal abad ke-19M. Sedikit sebanyak serangan yang bertubi-tubi tersebut telah berjaya merapuhkan hakikat orang Melayu dan melemahkan jati diri mereka pada hari ini.

Sesungguhnya Allah SWT masih belas pada kita berkat kekerabatan bangsa Melayu dengan ahlul-bait Rasulullah SAW sejak turun-temurun. Dalam zaman serba kepincangan dan kegawatan bangsa dan agama hari ini, tepat pada masanya Allah SWT dengan segala Rahmat dan Rahim-Nya telah menemukan kita pada warisan nenek moyang yang amat berharga ini, iaitulah hakikat diri dan jati diri bangsa Melayu yang ramai mempunyai darah daging Rasulullah SAW. Itulah awalnya mengenal kembali diri dan pemula kepada sesuatu yang baik bagi bangsa dan agama, insya-Allah.

Mudah-mudahan judul ini dapat menjadi media yang berkesan bagi ahlul-bait Rasulullah SAW dan bangsa Melayu untuk menggali, merenung dan menghayati titik temu asal yang dikongsi bersama. Semoga buku ini juga bakal menerbitkan gerak kerja yang ikhlas berlandaskan kebenaran sehingga dapat menggapi kembali rahmat dan nusrah Allah pada bangsa kita.

Status : In Stock
Retail Price : RM49.90
Now Offer : RM49.90

ISBN:
9789833020010
Category:
Sirah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2006
Publisher :
CRESCENT
Pages:
497
Dimensions (mm):
185 x 260 x 30
Weight:

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1