LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Indonesia  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Fiqh
 



this with your friends
Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 8 #
by author IMAM MUHAMMAD BIN IDRIS AL-SYAFIE, ,

mam Muhammad bin idris al-Syafi'e (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketka beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (pendapat baru). Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie iaitu;

1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie.

2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh hr al-Syafie dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla'i).

3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran.

Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab al-Syafie ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dan al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. Sedangkan dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang ia kemukakan menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis. Di kalangan ulama terdapat keraguan dan perbezaan pendapat, mengenai penulisan kitab al-Umm, adakah ia ditulis oleh al-Syafie sendiri atau karya para muridnya. Walau apapun pandangan ulama mengenai kaedah penyusunan kitab al-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan kepada al-Syafie kerana ia memuatkan pandangan dan pemikirannya dalam bidang hukum berdasarkan riwayat murid-muridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang adil dan thiqah.

Jilid kelapan buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan hukum-hukum fiqah berkaitan hukum-hukum serta persoalan-persoalan berkaitan jizyah (cukai), memerangi pemberontak dan murtad, perlumbaan dan pertandingan, hukum memerangi kafir harbi, hukum berkaitan pernikahan seperti pernikahan kanak-kanak, orang gila, orang musyrik, ahli zimmah dan orang murtad. Bab-bab ini merupakan bab yang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci kerana ia merupakan bab-bab yang sangat berkait dengan proses kehidupan kita dalam seharian. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.

Status : In Stock
Retail Price : RM65.00
Now Offer : RM65.00

ISBN:
9789673682317
Category:
Fiqh
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2015
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
737
Dimensions (mm):
188 x 261 x 40
Weight:
1.45

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved