|
Menjejaki 12 Suku Israel Yang Hilang #
by author SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM,
,
Israel sekarang terdiri dari 2 suku iaitu Yehuda dan Benyamin. Namun, menurut catatan sejarah, sebenarnya ada 12 suku asli Israel, tetapi tidak tahu ke mana 10 suku lainnya itu menghilang. 12 suku ini dinamakan berdasarkan nama 12 orang anak lelaki Nabi Yaakub, iaitu Ruben, Simeon, Levi, Yehuda, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Issachar, Zebulon, Joseph (Yusuf). Pada tahun 930 sebelum Masehi, 10 suku membentuk Kerajaan Israel yang bebas di utara. Sementara 2 suku lainnya iaitu Yehuda dan Benyamin mendirikan kerajaan Yehuda di selatan. Namun pada tahun 721 sebelum Masehi kerajaan Utara ditakluk oleh orang-orang Asyur. Peristiwa itu membuatkan 10 suku ini secara bertahap terasimilasi oleh bangsa lain dan dengan demikian perlahan-lahan menghilang dari sejarah.
Berbeza cerita dengan keturunan Yehuda dan Benyamin yang masih kita temui hingga sekarang, yang secara jamak disebut sebagai orang Yahudi. Ini kerana mereka diizinkan untuk kembali ke tanah air mereka setelah Pembuangan Babilon pada tahun 586 sebelum Masehi. Namun demikian, keyakinan tetap bertahan bahawa suatu hari nanti 10 suku yang hilang itu akan ditemui juga. Bahkan pencarian untuk 10 suku hilang ini telah dilakukan oleh orang Yahudi, Kristian dan Islam di hampir setiap sudut bumi.
Pada berbagai penggal, suku-suku asli dan masyarakat di semua benua diidentifikasikan sebagai keturunan dari 10 suku yang hilang ini. Banyak spekulasi yang bermunculan berkaitan pencarian ini. Antaranya ialah suku Afghanistan, khususnya kaum Pathan telah menjadi perhatian bagi para pencari. Henry Walter Bellew (1834-1892), seorang pajar Bedah England kelahiran India menjelaskan kajian beliau. Beliau menemui kemiripan antara nama tempat dalam Al-Kitab, kata-kata Ibrahim dan nama tempat tempatan di Afghanistan serta beberapa kata dari bahasa dan dialek yang diucapkan. Namun spekulasi-spekulasi dan penelitian tidak menjamin kebenarannya mengenangkan sukarnya menyelusuri kembali jejak-jejak yang telah lama dan bercampur baur itu.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM37.90
Now Offer : RM37.90
ISBN:
9789672278290
Category:
Sejarah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
220
Dimensions (mm):
210 x 146 x 12
Weight:
0.50
|