
|
Tafsir Surah Al-Ankabut dan Juzuk 20 **
by author HAMKA,
,
Tafsir Surah Al-Ankabut dan Juzuk 20 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili(tahlili), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Surah Al-Ankabut dan Juzuk 20 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 20, iaitu surah An-Naml, Al-Qasas dan Al-Ankabut. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM25.00
Now Offer : RM25.00
ISBN:
9789674811167
Category:
Tafsir Al-Quran
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
PTS
Pages:
242
Dimensions (mm):
154 x 228 x 12
Weight:
0.38
|