LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Indonesia  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Umum
 



this with your friends
Henry The Black Panglima Awang Pelayar Melayu Pertama Mengelilingi Dunia <>
by author SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM, ,

Sejarah kerap menutup kebenaran, selain memihak kepada orang yang lebih kuat, penguasa dan bangsa Eropah. Maka, benarlah frasa bahawa sejarah ditulis hanya untuk orang atau bangsan yang menang atau kuat, bukan untuk orang yang kalah atau lemah. Sekurang-kurangnya itulah saripati penting apabila kita melihat sejarah yang ada sekitar kita dewasa ini. Sejarah sudah mencatatkan bahawa orang berjaya mengelilingi bumi ialah Christopher Columbus, Vasco da Gama, Ferdinand Magellan dan Sebastian de Elcano. Pelaut-pelaut Sepanyol dan Portugis digambarkan sebagai pelaut yang sangat hebat dan pakar dalam ilmu pelayaran sehingga mereka mampu menakluk lautan luas dan berjaya mengelilingi bumi.

nama Enrique Malaku, Henry The Black, Enrique Melaka atau Enrique de Malacca tidak pernah tercatat dalam sejarah sebagai manusia pertama yang mengelilingi bumi. Tetapi nama orang Eropah yang berjaya mengelilingi lingkaran bumi disebut sebagai Sebastian de Elcano. Sedangkan Sebastian de Elcano berjaya mengelilingi bumi 17 bulan selepas kejayaan yang dilakukan oleh Panglima Awang.

Panglima Awang dilahirkan pada tahun 1494. pada tahun 1503 beliau berlayar dari Ambon ke Palembang. Maknanya , pada tahun itu beliau memulai pelayaran mengelilingi bumi. Sekitar tahun 1509-1510 beliau berlayar dari Palembang ke Melaka dan sempat bekerja dengan Sultan Mahmud Syah. Pada tahun 1511, penguasa Portugis di bawah Alfonso de'Albuquerque telah menakluk Melaka. Sewaktu awal pengepungan Melaka pada tanggal 13 Julai 1511, Ferdinand Magellan , salah seorang kapten armada Alfonso de'Albuquerque, berjaya menculik seorang lelaki yang kemudiannya mereka menamakan sebagai Enrique Maluku sesuai dengan nama St Henry(versi Inggeris) , Henrique(Portugal) atau Enrique(Sepanyol) yang hari raya peringatan jatuh pada 13 Julai itu.

Status : In Stock
Retail Price : RM35.90

ISBN:
9789672278238
Category:
Umum
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
190
Dimensions (mm):
147 x 210 x 11
Weight:
0.40

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved