
|
Tafsir Surah Az-Zumar dan Juzuk 24 **
by author HAMKA,
,
Tafsir Surah Az-Zumar dan Juzuk 24 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili(tahlili), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Surah Az-Zumar dan Juzuk 24 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 24, iaitu surah Al-Ghafir, Az-Zumar dan Fussilat. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM25.00
Now Offer : RM25.00
ISBN:
9789674813710
Category:
Tafsir Al-Quran
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2017
Publisher :
PTS
Pages:
322
Dimensions (mm):
153 x 228 x 16
Weight:
0.48
|