LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Ibadah
 



this with your friends
Bidayatul-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) #
by author AL-IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL-GHAZALI, SYEIKH AHMAD FAHMI BIN ZAMZAM,

Kitab ini adalah di antara kitab karangan Al-Imam Hujjatul-Islam Al-Ghazali rahimahullahu taala yang banyak diberi berkah oleh Allah taala. Dan kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan setiap orang yang memuthalaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi dan kandungannya. Faedah dan manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragui lagi.

Kitab ini menggariskan amalan-amalan harian yang mesti kita lakukan pada setiap hari dan waktu serta adab-adab untuk melaksanakan amal ibadah, supaya ibadah tersebut dapat dilakukan dengan baik, penuh erti dan memberikan kesan yang mendalam. Begitu pula Al-Imam Al-Ghazali rahimahullahu taala menunjukkan kepada kita bagaimana jalan yang mesti kita ikuti supaya kita dapat meninggalkan segala dosa dan maksiat, sama ada zahir mahupun batin. Setelah itu beliau menyebut adab-adab pergaulan seseorang dengan Allah taal sebagai Pencipta dan dengan semua lapisan masyarakat yang ada disekelilingnya.

Oleh itu, kitab ini sangat penting dan sesuai untuk dijadikan panduan amalan harian bagi kehidupan seseorang muslim yang mahu menjadikan negeri akhirat, masuk ke dalam syurga dan mendapatkan keredhaan Allah taala sebagai tujuan hidupnya.

Status : In Stock
Retail Price : RM15.00
Now Offer : RM15.00

ISBN:
9789832052746
Category:
Ibadah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2019
Publisher :
KHAZANAH BANJARIAH
Pages:
184
Dimensions (mm):
145 x 210 x 10
Weight:
0.30

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1