|
Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie Jilid 1 #
by author DR. MUSTAFA AL-KHIN,
DR. MUSTAFA AL-BUGHA,
ALI ASY-SYARBAJI
Antara keistimewaan kitab ini:
• Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam feqah al-Syafie.
• Kitab ini menggabungkan penyataan fiqh dengan dalil-dalil naqli dan aqli.
• Manhaj dan sistem buku ini dari segi metodologinya adalah sama pada setiap bab dan kitabnya.
• Hadith yang dikemukakan dinyatakan nombor hadith, bab bagi hadith tertentu dan turut disertakan takhrijnya.
• Pengarang juga menyebut sejarah pensyariatan tentang sesuatu perkara seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.
• Kadang-kadang, di dalam terjemahan kitab ini, penulis juga menyebut pendapat fuqaha' seperti Imam al-Nawawi, Imam al-Ghazali, dan lain-lain. Ini menambahkan lagi khazanah ilmiah bertunjangkan fiqh al-Syafie.
• Buku ini dimuqaddimahkan dengan pengenalan fiqh atau disebut sebagai Madkhal Am yang mengandungi pengertian, kaitan antara fiqh dan aqidah, sifat fiqh, sumber-sumber fiqh dan juga pengertian istilah ilmu fiqh seperti fardhu , wajib dan lain-lain.
• Pengarang juga menyebut wajah istidlal atau fiqh hadith yang dapat diambil daripada nas-nas naqli.
• Kadang-kadang pengarang menyebut sifat ibadah Rasulullah SAW yang merentasi mazhab seperti cara Rasulullah berwudhu' , ibadah haji Rasulullah SAW dan lain-lain.
• Ada kalanya disebut hukum-hukum dan masalah fiqhiyyah di bawah satu-satu tajuk untuk menambahkan lagi kefahaman dan permasalahan fiqh seperti dalam bab talaq, 'iddah dan lain-lain.
• Susunan dan metodologi buku ini menyamai risalah atau tesis Master dan Ph.D. Ini tidaklah janggal kerana pengarang diasuh dengan sistem tersebut ketika menyiapkan tesis masing-masing. Tidak syak lagi, kesarjanaan mereka terserlah berdasarkan metodologi yang mereka terokai.
• Pengarang mengemukakan contoh-contoh yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan realiti masa kini bagi memantapkan kefahaman pembacanya.
• Pengarang juga menyebut hikmah dan asrar dengan hukum yang ditaklifkan oleh Allah SWT atau pensyariatan ibadat. Ini disebut secara khusus di bawah tajuk hikmah.
|
Status : Out of Stock
Retail Price : RM50.00
Now Offer : RM50.00
ISBN:
9789830424866
Category:
Fiqh
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2011
Publisher :
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Pages:
484
Dimensions (mm):
185 x 260 x 30
Weight:
1.15
|