|
Mistik Alam Melayu **
by author NAIM TAMDJIS,
,
"Penggunaan azimat untuk membalas dendam dan niat jahat yang lain merupakan salah satu jenis sihir selain serapah dan ritual tertentu." – R.O. Windstedt
Pada zaman kolonial, dua orang pentadbir British di Tanah Melayu sangat berminat mengkaji ilmu mistik orang Melayu. Sebut sahaja nama R.O. Windstedt dan Wilkinson, mereka sering dikaitkan dengan mistik alam Melayu. Namun ilmu mistik bukanlah baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar sejak zaman kepercayaan animisme orang Melayu lagi.
Malah ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar oleh mereka berdua.
Kini, segala penemuan mereka kembali ditayangkan untuk tatapan anak bangsa. Bukanlah untuk mengajak anak Melayu berpaling ketaatan mereka terhadap Allah, namun ia sekadar sebuah dokumentasi tentang satu fasa dalam kebudayaan orang Melayu itu sendiri.
|
Status : Out of Stock
Retail Price : RM25.00
Now Offer : RM25.00
ISBN:
9789671652817
Category:
Umum
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2019
Publisher :
PATRIOTS PUBLICATIONS
Pages:
171
Dimensions (mm):
130 x 195 x 14
Weight:
0.30
|