LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Sirah
 



this with your friends
Sejarah Pemerintahan Islam di Alam Melayu <>
by author DR. ABDUL RAHMAN HJ ABDULLAH, ,

Tradisi penulisan sejarah Alam Melayu sejak lama berkembang sebagai warisan agung dalam bentuk sastera sejarah, yang sedikit sebanyak diresapi unsur-unsur mitos dan lagenda. Antara karya agung yang terpenting sekali ialah SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri Lanang, yang malangnya telah dikritik hebat oleh Prof Ahamt Adam dalam bukunya, 'Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia (2016)'. Percubaan ke arah penulisan sejarah Alam Melayu secara sistematis dipelopori oleh Cikgu Abdul Hadi Hj. Hassan, yang mulai menulis karya besarnya, 'Sejarah Alam Melayu', pada tahun 1925 sebanyak tiga jilid. Setelah kegiatannya terhenti pada 1929, usahanya disambung oleh anak muridnya, Buyong Adil, pada taun 1939 sebanyak dua jilid lagi. Tanpa menafikan kepentingan karya-karya tradisional seperti ini, terdapat kelemahan-kelemahan tertentu lantaran kecenderungannya kepada tradisi pra-Islam di dalamnya. baru kemudian melalui peranan tokoh-tokoh sarjana Melayu seperti Prof. Hamka di Indonesia dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas di Malaysia, timbul kesedaran ke arah reformasi penulisan sejarah di Alam Melayu, dengan menekankan peranan Islam yang selama ini dipinggirkan atau diabaikan. Lalu sejak itu kajian dan penulisan sejarah Islam di Alam Melayu semakin berkembang dan bersemarak. Dengan memanfaatkan karya-karya tradisional dan moden, buku ini cuba memperincikan sejarah pemerintahan dan kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu, sejak awal pertumbuhannya hingga kejatuhannya menjelang kedatangan penjajah Barat. Oleh kerana tinjauan sejarah di sini bersifat menyeluruh dan meliputi segenap negeri di Alam Melayu, sudah tentu perbahasan yang detail tentang sesuatu aspek tertentu tidak dapat dilakukan kerana ia akan menjadikan buku ini sangat tebal. Para pembaca yang berminat untuk mendalaminya dianjurkan agar merujuk buku-buku lain, yang antaranya disebutkan dalam Bibliografi buku ini.

Status : In Stock
Retail Price : RM45.90

ISBN:
9789672278023
Category:
Sirah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2019
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
391
Dimensions (mm):
145 x 210 x 20
Weight:
0.75

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved