LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Hobi/Kemahiran Travelog
 



this with your friends
Travelog Enam Negara Balkan **
by author RAFFAR MAT, ,

Balkan, nun di penjuru Eropah adalah sebuah wilayah yang bukan sahaja menyembunyikan keindahannya, juga satu daerah yang tersimpan rapi pelbagai rahsia dan sejarahnya sendiri.

Mengunjungi Balkan bererti menyingkap serta melewati kembali perjalanan jatuh bangun masyarakatnya bersama-sama agama Islam. Bahkan kecekalan mereka mengekalkan agama itu di tengah-tengah kota Nasrani dan Yahudi.

Perjalanan ini bukan sahaja mendekatkan saya dengan ciptaan Tuhan yang begitu memukau, tapi menjadikan saya insan yang semakin mengenal keazaman, kegigihan, ketabahan yang sesungguhnya.

Bahkan saya semakin menghargai kegemilangan empayar dan peradaban Islam yang benar-benar menakjubkan. Bukti serta kesan tersebut masih terpelihara sehingga kini, demi memperlihatkan kepada kita bahawa Islam adalah agama hebat dan melahirkan penganutnya yang ternyata hebat. Ya, Uthmaniyah terutamanya.

Balkan, sebagai satu destinasi duniawi yang seharusnya kita singgah walah sekali dalam hidup. Jadi perjalanan saya mengunjungi Balkan seperti kembali mengunjungi saudara mara yang sudah lama terpisah dan jauh.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM25.00
Now Offer : RM25.00

ISBN:
9789671409626
Category:
Travelog
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2019
Publisher :
PERCETAKAN ZAFAR
Pages:
176
Dimensions (mm):
148 x 208 x 8
Weight:
0.35

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1