
|
Tidak Miskin Dengan Sedekah <>
by author SITI AMINAH ISMAIL,
,
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, diceritakan:
Apabila Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, kemudian bumi pun menjadi pegun. Para malaikat terhairan-hairan akan penciptaan gunung itu.
Kemudian mereka bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"
Allah menjawab, "Ada, iaitu besi.
" Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"
Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api."
Para malaikat bertanya lagi, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air."
"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?" tanya para malaikat.
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab "Ada, iaitu angin."
Akhirnya, para malaikat pun bertanya lagi, "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih daripada semua itu?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."
|
Status : Out of Stock
Retail Price : RM19.00
Now Offer : RM19.00
ISBN:
9789670156057
Category:
Umum
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2018
Publisher :
PUSTAKA AZHAR
Pages:
164
Dimensions (mm):
148 x 210 x 10
Weight:
0.35
|