LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Fiqh
 



this with your friends
Ensiklopedia Imam Al-Syafie: Jilid 11 #
by author IMAM MUHAMMAD BIN IDRIS AL-SYAFIE, ,

Imam Muhammad bin idris al-Syafi'e (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketka beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (pendapat baru). Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie iaitu;

1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie.

2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh hr al-Syafie dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla'i).

3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran.

Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab al-Syafie ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dan al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. Sedangkan dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang ia kemukakan menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis. Di kalangan ulama terdapat keraguan dan perbezaan pendapat, mengenai penulisan kitab al-Umm, adakah ia ditulis oleh al-Syafie sendiri atau karya para muridnya. Walau apapun pandangan ulama mengenai kaedah penyusunan kitab al-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan kepada al-Syafie kerana ia memuatkan pandangan dan pemikirannya dalam bidang hukum berdasarkan riwayat murid-muridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang adil dan thiqah.

Di dalam perbahasan kitab Al-Umm Jilid 11 ini, menghuraikan berkenaan beberapa bab iaitu:
• Diyat jenayah yang tidak disengajakan
• Hudud
• Fiqh Al-Qada'
• Dakwaan dan pembuktian
• Kesaksian

Status : In Stock
Retail Price : RM65.00
Now Offer : RM65.00

ISBN:
9789673682478
Category:
Fiqh
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2016
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
778
Dimensions (mm):
190 x 262 x 40
Weight:
1.30

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1