|
|
 |
Choose your Book
Malay Books Agama Solat |
|

|
Munyatul Musolli Versi Bahasa Malaysia Serta Jawi Asal <>
by author USTAZ MUHAMMAD RAMZI OMAR,
,
Kitab berjudul Munyatul Musolli yang Melengkapi Masail al-Durar waa al-La'ali (Dambaan Orang yang Solat yang Melengkapi Masalah-Masalah Bak Batu-Batu Permata dan Mutiara) merupakan kitab yang terkenal dalam kalangan masyarakat Islam di Nusantara. Walaupun ia merupakan kitab yang kecil saiznya berbanding sekian banyak kitab-kitab lain yang dikarang oleh Syeikh Daud al-Fatani, namun manfaatnya tersebar luas merentasi tempat dan masa. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Syeikh Daud al-Fatani merupakan salah seorang ulama yang membentuk hala tuju masyarakat Islam Malaysia dan Nusantara dalam menghayati amalan keagamaan mereka.
Kitab ini pada asalnya ditulis dalam bahasa Melayu Klasik sesuai dengan bahasa penulisan pada zaman Syeikh Daud. Justeru, ia agak sukar difahami oleh kebanyakan pembaca melainkan mereka yang terbabit secara langsung dalam pengajian kitab-kitab jawi klasik. Pengalaman mengajar kitab tersebut kepada masyarakat mencetuskan inspirasi untuk membuat beberapa catatan kepada sesetengah isi kandungannya sebagai membantu menambahkan lagi kefahaman terhadap kitab tersebut.
Catatan-catatan yang dibuat dimasukkan dalam bentuk nota kaki merangkumi ulasan sesetengah hukum-hukum feqah yang berkaitan, pengenalan kepada beberapa orang tokoh ulama yang disebutkan dalam kitab ini, serta sumber rujukan terhadap beberapa isi kandungan yang dirasakan perlu seperti sumber-sumber hadith dan rujukan kitab-kitab yang berkaitan.
Dalam usaha mencatatkan beberapa fakta sebagai pencerahan kepada kitab ini, maka penyusun merasakan kitab ini perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia demi memudahkan lagi kefahamannya di kalangan pembaca. Justeru, apa yang ada pada tatapan pembaca merupakan naskah Munyatul Musolli yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, di samping beberapa pencerahan melalui nota-nota kaki yang dimasukkan.
Selain daripada itu, demi mengekalkan keaslian kitab terbabit maka kami sertakan versi asal kitab tersebut dalam tulisan jawi yang dimuatkan dibahagian belakang buku ini. Walaupun begitu, sistem tulisan jawinya ditukarkan kepada sistem ejaan jawi moden, namun lenggok bahasa atau uslubnya tetap kekal seperti bahasa asalnya.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM40.00
Now Offer : RM40.00
ISBN:
9789670634326
Category:
Solat
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
PUSTAKA ILMUWAN
Pages:
Dimensions (mm):
180 x 253 x 15
Weight:
0.60
|
|
|
 |
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1 | | | |