LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Alam Akhirat
 



this with your friends
Siri Ensiklopedia Alam Akhirat: Misteri Dahsyatnya Neraka #
by author MAHIR AHMAD AL-SUFI, ,

"Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu don keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia don batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar don keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap Apa yang Dia perintahkan kepada mereka don selalu mengerjakan Apa yang perintahkan."
(Surah al-Tahrim: 6)

Syurga dan neraka merupakan salah satu perkara 'ghaibiyyat' yang wajib dipercayai oleh orang yang beriman. Pengkhabaran mengenai syurga dan neraka adalah merupakan suatu bentuk galakan (targhib) dan ancaman (tarhib) kepada umat manusia agar mematuhi dan melaksanakan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya. Dalam hal ini, kedua-duanya adalah sama penting sebagai peringatan kepada yang sering alpa dan leka dengan dugaan dan cubaan kehidupan di dunia. Justeru, buku ini yang membahaskan dengan terperinci perihal keadaan neraka dan kedahsyatan azab yang ada di dalamnya dihasilkan bagi mengingatkan manusia dengan perihal balasan selepas kebangkitan semula di Mahsyar.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bab penting yang meliputi keadaan orang munafik dan ahli maksiat yang dihisab, sifat-sifat dan hal ehwal neraka yang meliputi pintu-pintunya, keluasan dan kedalamannya, kedahsyatan azab dan seksaannya, malaikat penjaga neraka, makanan, minuman dan pakaian penghuni neraka, lembah dan gunung-ganang di dalam neraka, keadaan golongan yang bertauhid tapi dimasukkan ke dalam neraka dan bagaimana keadaan mereka setelah dikeluarkan daripadanya, huraian seksaan neraka yang amat mengerikan dan menakutkan.

Perbahasan mengenai neraka di dalam buku ini adalah berdasarkan al-Quran dan Hadis-hadis Nabi S.A.W yang wajib diimani oleh semua orang yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat. Sesungguhnya kita sendiri tidak dapat memastikan apakah kesudahan kita di akhirat nanti, namun kita semua wajib berusaha untuk mendapatkan syurga dengan cara yang yang sebaiknya, kerana kita pasti tidak mampu menahan azab neraka seperti yang digambarkan dalam buku ini walau sesaat. lbarat api dunia yang tidak tertahan haba panasnya, maka nyalaan api neraka adalah berlipat kali ganda azab seksanya.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM35.00
Now Offer : RM35.00

ISBN:
9789673681587
Category:
Alam Akhirat
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2012
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
486
Dimensions (mm):
153 x 228 x 23
Weight:
0.75

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1