LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Umum Biografi
 



this with your friends
Di Sebalik Ikhwan Muslimin **
by author DOUGLAS THOMPSON, YOUSSEF NADA,

Ini adalah biografi sah tentang Youssef Nada, seorang lelaki yang mengetahui paling banyak kisah separuh abad yang penuh dengan kemarahan dan revolusi. Beliau melalui situasi peperangan, keganasan sejagat, dan krisis antarabangsa yang kompleks. Beliau terlibat dalam peristiwa-peristiwa ini. Beliaulah saksi sebenar sejarah apabila mengambil bahagian dan menggunakan pengaruhnya dalam peristiwa-peristiwa yang membentuk sejarah.

Youssef Nada tidak pernah menjanjikan jawapan, tetapi menawarkan penyelesaian paling sesuai menerusi idea dan falsafah. Beliau telah berpegang pada idea dan falsafah ini sepanjang hidupnya sebagai duta alasan, pendamai, dan duta luar yang sesungguhnya untuk Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin mempunyai keahlian lebih daripada seratus juta di seluruh dunia. Berjuta-juta ahli kumpulan ini memegang jawatan penting di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan di seluruh benua Eropah.

Beliau memiliki naluri dan pemikiran yang jelas dan tegas. Beliau seolah-olah dapat merasakan berlakunya peristiwa seperti keganasan Lockerbie di Scotland, 'latihan' serangan hebat September 11 terhadap Amerika dan pengeboman Julai 7 di London, masalah Iran-Contra, penculikan Terry Waite di Beirut, dan pelbagai kejadian ngeri yang menyentuh hidup banyak individu dan sesuatu bangsa.
.
Beliau terlibat dalam semua aspek 'Kebangkitan Arab' di Mesir, termasuklah musim pilihan raya yang mana Ikhwan Muslimin akan berkuasa. Youssef Nada telah dan sehingga sekarang merupakan rahsia tersembunyi di hati Timur Tengah; bahagian puzzle yang tiada sesiapa dapat temui. Keadaan ini lebih selamat. Selepas 9/11 Nada yang sebelum ini dikenali di seluruh dunia sebagai tokoh kemanusiaan, telah dilabel sebagai pengganas antarabangsa dan disenaraikan seperti tersebut oleh Amerika dan UN.

Youssef Nada percaya bahawa apabila beliau dikenali sebagai utusan asing politik antarabangsa Ikhwan Muslimin, semua agensi perisikan antarabangsa mula menentang beliau. Sekarang, beliau membuat keputusan untuk keluar dan memberitahu kisah sebenar hidupnya.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM29.90
Now Offer : RM29.90

ISBN:
9789673662050
Category:
Biografi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2013
Publisher :
PTS
Pages:
352
Dimensions (mm):
153 x 228 x 18
Weight:
0.60

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1