|
Who Moved My Cheese (Edisi Bahasa Melayu) <>
by author DR. SPENCER JOHNSON,
,
Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam. Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat.
Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.
Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan, ataupun ketenangan fikiran.
Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, sama ada organisasi tempat kerja, keluarga, ataupun komuniti tempat tinggal.
Buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Dr. Spencer Johnson, ini menerangkan kepada kita bagaimana:
• Menjangkakan perubahan
• Beradaptasi dengan perubahan secepatnya
• Menikmati perubahan
• Bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti
Kenal pasti rahsia yang ada dan belajar menghadapi perubahan, supaya kita tidak begitu stres dan dapat mengukir lebih banyak kejayaan di tempat kerja dan dalam hidup.
|
Status : Out of Print
Retail Price : RM29.90
Now Offer : RM29.90
ISBN:
9789673691975
Category:
Motivasi
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2013
Publisher :
PTS
Pages:
80
Dimensions (mm):
136 x 198 x 14
Weight:
0.25
|