|
Kamu, Apa Yang Kamu Makan <>
by author ANN WAN SENG,
,
Rasulullah saw bersabda, "Gunakan dengan baik lima perkara sebelum lima perkara yang lain iaitu masa mudamu sebelum kamu tua, sihatmu sebelum kamu sakit, kayamu sebelum kamu jatuh miskin, masa senggangmu sebelum kamu sibuk, hidupmu sebelum kamu mati." [HR at-Tirmizi: 2600] Rasulullah juga bersabda,"Tiada nikmat yang lebih agung setelah iman selain nikmat kesihatan." [HR Ibnu Majah: 1546]
Terdapat banyak penjelasan al-Quran dan hadis Rasulullah saw mengenai seruan hidup yang sihat meliputi tiga perkara:
1. Melakukan perkara-perkara yang berguna untuk kesihatan.
2. Menghindari perkara-perkara yang membahayakan kesihatan.
3. Melakukan perkara-perkara yang dapat menghilangkan penyakit yang dideritai.
Semuanya dapat ditemui melalui dalil dalam agama, sama ada secara jelas atau tersirat, secara khusus atau umum. Nilailah dengan saksama firman Allah, "Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan." (Al-A'raf:31)
Ayat al-Quran tersebut merupakan perintah untuk menjalani kehidupan sihat dalam bentuk pengambilan makanan yang bermanfaat untuk tubuh serta meninggalkan makanan yang membahayakan. Makan dan minum sangat diperlukan untuk kesihatan, sedangkan berlebih-lebihan harus ditinggalkan untuk menjaga kesihatan.
|
Status : Out of Stock
Retail Price : RM18.00
Now Offer : RM18.00
ISBN:
9789673610600
Category:
Umum
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2012
Publisher :
KEMILAU PUBLIKA
Pages:
260
Dimensions (mm):
153 x 227 x 13
Weight:
0.55
|